Hiburan

Koleksi dah boleh buat ‘showroom’, Achey kena bebel isteri motosikal baharu sampai depan rumah

BEBELAN isteri kepada Achey iaitu Anne berhubung tindakan pelawak itu membeli sebuah motosikal baharu mencuit hati netizen.

Bukan pertama kali membeli motosikal baharu, Anne mendedahkan suaminya itu sudah memiliki beberapa buah motosikal berkuasa tinggi di rumah mereka sehingga boleh dijadikan kedai pameran.

“Dah puluh ribu motosikal di rumah. Jangan racun orang lain. Dia beli orang lain ikut jer belakang.

Walaupun membebel beli motosikal baharu, isteri Achey sentiasa sokong minatnya.

Berikut adalah perkongsian rakaman tersbeut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama anne_achey21:

Video:

“Tak lama lagi rumah dan pejabat buat showroom jer kalau macam ini,” katanya.

Anne berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video tersebut, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, sedang menurunkan motosikal jenis Yamaha YZ daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda.

 

Motosikal jenis itu memang menjadi kegilaan ramai peminat sukan lasak motocross.

Turut kelihatan deretan beberapa buah motosikal lain yang diparkir di ruang garaj kediamannya.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan peminat menyokong tindakan Achey membeli motosikal berkenaan kerana ia hobi lebih baik berbanding ‘membeli’ isteri baharu.

Biarlah dia… janji kamu bahagia. Dulu masa susah hidup memang payah nak dapat macam sekarang ini

NETIZEN

“Mujur dia beli motosikal… kalau dia nikah lagi, boleh berdarah hidung akak nanti.

“Dulu nak (beli) tak mampu, sekarang ini dah mampu dia angkut segala yang dia nak. Syukur rezeki.

“Biarlah dia… janji kamu bahagia. Dulu masa susah hidup memang payah nak dapat macam sekarang ini,” komen netizen.

Selain kerjaya seni, Achey juga aktif dalam sukan permotoran.

Sementara itu Achey pula tidak banyak memberi reaksi ketika isterinya itu membebel tentang pembelian yang dibuat kerana perhatiannya lebih kepada motosikal yang baharu sampai.

Jika dilihat di laman Instagram Achey sendiri, dia antara selebriti yang aktif terlibat dalam bidang permotoran dan sering mengikut jelajah bersama rakan-rakan yang mempunyai minat sama.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button