Hiburan

Pertama Kali Bawa Anak Pergi Umrah, Elfira Loy Akui Mencabar; “Saya Tak Cadangkan Ibu Bapa Untuk…”

Ramai mengetahui ketika ini pelakon Elfira Loy sedang mengerjakan ibadah Umrah bersama suami, Faris Khairol dan dua anaknya iaitu Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.

Bertambah manis lagi ini merupakan pengalaman pertama Elfira dan suami membawa anak anak mereka berangkat ke tanah suci.

Elfira yang berada di sana sejak minggu lalu, bagaimanapun berkata ibadah umrah pada kali ini sedikit mencabar kerana anak bongsunya masih kecil dan perlu menyusu badan.

“Hajjah kecil ni (Aira) kalau dah tidur baru saya boleh bernafas sikit. Saya rasa part paling susah sikit adalah sebab Aria jenis melekat je dengan saya.

“Lepastu breastfeeding (menyusu badan) lagi kan, jadi mencabar sikit. Tapi sebab memang dah set dalam fikiran, trip ini untuk anak-anak, jadi saya dan suami lebih chill sedikit,” katanya.

Elfira berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada Khamis.

Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan para ibu bapa untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka sekiranya ingin membawa anak kecil untuk menunaikan Umrah.

“Tapi kalau nak betul betul beribadah saya tak cadangkan anda (ibu bapa) untuk bawa anak kecil, kecuali ada orang yang boleh tolong and dia betul betul faham trip ini untuk tolong jaga anak-anak,” tambahnya.

Untuk info, Elfira dan Faris telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Rayyan Khalaf, 4 dan Nur Aria Mikayla 8 bulan

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button