Hiburan

“Saya masih berlembut hati untuk dia datang kepada saya” – Hana akhirnya hilang sabar Watie langg4r arahan mahkamah enggan bayar hutang

Hana hilang sabar Watie langgar arahan mahkamah enggan bayar hutang, dakwa mampu pula beli barang mahal

BEKAS anggota kumpulan Elite, Hana Adnan sudah hilang sabar apabila pelakon dan penyanyi Watie Sadali masih enggan membuat pembayaran ansuran sebanyak RM2,500 sebulan seperti mana dipertintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada 2017.

Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, berkata, Watie tidak pernah membayar walaupun satu sen kepadanya apatah lagi untuk bertemu dengannya bagi mencari jalan tengah sekiranya sukar melunaskan bayaran ditetapkan mahkamah.

“Saya masih berlembut hati untuk dia datang kepada saya seandainya dia mempunyai masalah membayar ganti rugi yang diperintahkan mahkamah.

“Seandainya dia masih anggap saya sebagai kawan, setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit… bukannya diam dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Hana ambil tindakan terakhir tuntut ganti rugi.

Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun, pada 18 Mei 2017, Hana memfailkan tuntutan saman penghutang penghakiman terhadap Watie selepas dia gagal membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah pada 28 Ogos 2014.

Mahkamah Sesyen Selayang memerintahkan pelakon itu membayar ansuran sebanyak RM2,500 sebulan kepada Hana sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi sebanyak RM707,351.83.

Dalam pada itu, Hana turut meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu Watie atau Norwati Sadali, 46, dikatakan hidup mewah dan berjaya dalam perniagaan diusahakan.

Seandainya dia masih anggap saya sebagai kawan, setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit.

HANA ADNAN

PENYANYI

Kata Hana, dengan zaman teknologi sekarang, tidak sukar bagi dia mengetahui perkembangan dan gaya hidup aktres tersebut dan terfikir punca dia enggan melunaskan hutang.

“Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah.

“Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang-lenang,” ujarnya.

Mengulas lanjut tindakannya membuka semula fail kes berkenaan di mahkamah, Hana berkata, dia terpaksa menunggu selama tiga tahun untuk berbuat demikian kerana mengumpul wang membayar peguam.

Kemelut Hana dan Watie Elite masih lagi belum selesai.

Jelasnya, banyak wang dihabiskan untuk menuntut keadilan dan terpaksa berhempas pulas mencari dana bagi meneruskan kes ini di mahkamah.

“Kalau tanya saya kenapa baru sekarang nak failkan, jawapannya sebab saya tak ada duit nak bayar peguam.

“Tiga tahun ini saya ambil masa kumpul duit, lebih-lebih lagi waktu pandemik… semua orang struggle tiada pekerjaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hana memberitahu kes tersebut akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi kepadanya, aktres itu berdepan hukuman penjara.

Kata Hana, ini adalah usaha terakhirnya untuk menuntut keadilan selepas bertahun-tahun menjadi mangsa kepada rakan sendiri.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button