Hiburan

“Saya bukan datang dari keluarga berniaga” – Pilih berdikari tanpa harap bantuan sesiapa, Shuhada tampil bisnes atas talian ‘Satu Tak Cukup’

MESKIPUN penceraian masih belum disahkan di mahkamah namun isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak menunggu lama untuk bangkit dengan kehidupan baharu malah sudah pun memulakan perniagaan secara atas talian.

Memilih untuk hidup berdikari, kata Shuhada, 29, perniagaan yang diberi nama Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri itu diharap dapat menjadi pembuka jalan dalam menyara kehidupan bersama dua anaknya tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain.

“Terima kasih atas sokongan dalam perubahan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan memulakan hidup sebagai ibu tunggal.

“Saya berani cakap saya tidak pernah bersemangat seperti sekarang ini. Tamparan hebat ini buat saya yakin kena lebih kental dan berdikari. Saya akan lalui semua ini.

Shuhada tak mahu bergantung kepada sesiapa selepas bergelar ibu tunggal.

“Saya pilih untuk bina sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada pihak berkenaan. Azam ini bukan sementara. Ini azam mutlak,” katanya.

Shuhada meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut disertakan dengan foto dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.

Tambah Shuhada, dengan memulakan perniagaan itu juga, dia berharap dapat mengubah pandangan sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal sepertinya hanya mengharapkan bantuan orang lain.’

“Saya di sini untuk mengubah persepsi buruk orang pada single mother. Saya mahu keluar dari pandangan skeptikal manusia yang kata ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak.

“Saya bukan datang dari keluarga berniaga, tetapi beruntung ada sahabat yang tidak kedekut ilmu. Jadi saya yakin boleh beri yang terbaik,” jelasnya.

Shuhada mahu bangkit selepas Hafidz melafazkan cerai terhadapnya.

Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang heboh diperkatakan sebelum ini menemui titik nokhtah apabila pelakon itu melafazkan cerai melalui panggilan telefon pada Rabu.

Isu antara mereka bermula apabila Hafidz dikatakan berlaku curang dan kemudian muncul wanita bernama Athira Yuhada mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button