Watie Sadali akhirnya janji tak lari lagi, setuju bayar RM2,000 sebulan kepada Hana Adnan… Hukvman penj4ra jika culas bayar hut4ng
PENYANYI dan pelakon Watie Sadali diperintah membayar sebanyak RM2,000 setiap bulan sebagai ansuran melangsaikan tuntutan sam4n berjumlah RM796,000 kepada salah seorang bekas ahli kumpulan Elite iaitu Hana Adnan.
Keputusan tersebut dicapai dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor pada pagi Khamis.
Berkongsi perkara tersebut, peguam kepada Hana iaitu Mohd Fikri Abd Rahman memaklumkan keputusan penyelesaian itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Hana sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila Watie gagal bayar hutang.
“Kes pagi ini (Khamis) adalah bagi merekodkan penyelesaian kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju dengan terma yang disebut mahkamah.
“Watie dikehendaki membayar sejumlah RM2,000 setiap bulan bermula 5 Januari tahun hadapan sehingga selesai jumlah tuntutan yang dibuat Hana,” katanya kepada mStar.
Kata Fikri lagi, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 46, sebelum ini pernah membuat rayuan untuk mengurangkan kos bayaran bulanan daripada RM2,500 kepada RM2,000 seperti yang diperintahkan pada tahun 2017 dan mahkamah membenarkan.
Bagaimanapun keputusan mahkamah kali ini secara tidak langsung mensyaratkan isteri kepada Joey Daud itu untuk komited melangsaikan tuntutan dan boleh dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.
“Sebelum ini Watie cuba mengelak membayar hutang tersebut. Kali ini sudah setuju beri komitmen dan tidak boleh lari. Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghlnaan perintah mahkamah.
Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghlnaan perintah mahkamah
MOHD FIKRI ABD RAHMAN
PEGUAM
“Jika ia berlaku, salah satu hukvman yang boleh dikenakan adalah penj4ra terhadap Watie,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang sam4n terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Isu hutang antara Hana dan Watie berlarutan sejak 2017.
Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.