Hiburan

Baju untuk konsert akhir GV9 Kak Lina Pom Pom kena bahan dengan Nabil, katanya macam ikan bakar portugis

SHAH ALAM – Persaingan s.engit antara enam bintang iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan VE di pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim ke 9 yang akan berlangsung malam ini.

Enam bintang GV9 kena keluarkan t.aring dan allout untuk melakukan persembahan sehabis baik di konsert yang akan diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Pakaian Kak Lina Tarik Perhatian

Busana bertema futurisik digayakan pengacara bersama Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein pantas mencuri perhatian peminat.

Ramai dalam kalangan peminat menerusi Twitter berasa pelik namun pada masa sama memuji dres berona hitam ditengah dipadankan dengan warna perak berkilau.

“Aina Abdul is shaking tengok baju ‘angkasawan’ Kak Lina Pom Pom nombor syatu (satu).

“I love you Lina Pom Pom tapi akak nampak besarlah dengan baju itu. Harap-harap ada tukar baju kedua nanti,” demikian antara ciapan ditinggalkan pengguna Twitter.

Sementara itu, di atas pentas, pengacara bersama Nabil Ahmad berseloroh dengan berkata: “Dah macam ikan bakar portugis.”

Sementara itu, turut mencuri tumpuan adalah busana sedondon berwarna merah jambu yang digayakan oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Seorang lagi juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat kekal anggun dengan persalinan yang sangat menyerlahkan kejelitaannya.

Kerusi juri peringkat akhir GV9 turut diserikan dengan kehadiran juri jemputan, penerbit muzik berpengaruh, Edry Abdul Halim yang diterbangkan khas dari United Kingdom. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button