Hiburan

Warganet tegur Cara Fauziah Gous pakai tudung, tak sangka sekali ini pulak komen dari tuan badan

Baru-baru ini, nama pelakon Datin Fauziah Gous menjadi bualan warganet gara-gara memuat naik satu video menari di platform TikToknya. Hal yang menjadi bualan warganet apabila tudung yang dipakai oleh Fauziah terangkat hingga menampakkan sebahagaian inner baju seakan-akan warna kulitnya.

Biarpun ada membuat spekulasi itu adalah sebahagian kulit pelakon terbabit, tetapi ada juga warganet mempertahankan Fauziah dengan menjelaskan itu adalah inner bajunya.

Walaupun ada yang mempertahankannya, warganet tetap dengan pendirian merasakan isu itu timbul kerana kesalahan pelakon itu memakai tudung sedemikian. Menurut warganet, seandainya dia memakai tudung mengikut panduan Islam yang sebetulnya, fitnah sedemikian tidak akan berlaku.

Bukan itu saja, warganet turut menegur bahawa tidak sesuai untuk seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan berhijab melakukan trend-trend seperti itu.

Enggan berlagak ‘Tuhan’ dan membt tuli mencampuri isu melibatkan agama, pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous memilih pendekatan untuk tidak menghakimi mana-mana pihak.

Pemilik nama lengkap, Nor Fouziah Mohd. Gous itu berkata, setiap manusia tidak akan pernah mampu lari daripada melakukan kesilapan baik yang berkopiah, bertudung atau mereka yang belum terbuka hati menutup aurat dengan sempurna.

“Saya tak rasa orang yang tak pakai tudung semua itu jahat atau tiada niat nak jadi baik dan saya tak rasa fizikal (apa yang mereka pakai) melambangkan peribadi mereka.

“Kita tak tahu, entah-entah mereka lebih baik daripada kita. Kadang-kadang, seseorang itu ‘bising’ (loud) tapi di belakang, mereka lebih baik daripada apa yang kita nampak.

“Bagi saya secara peribadi, iman kita tidak perlu terbantut disebabkan orang lain. Macam saya pakai tudung sebab Allah bukan orang bahkan bukan sebab suami saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Diminta pandangan tentang isu melibatkan segelintiir golongan agama yang tersepit dalam kes mahkamah, Fouziah, 40, lebih selesa mengambil pendekatan tidak terlalu menempel mahupun melontarkan pendapat.

Menurutnya, lebih baik meletakkan fokus kepada perkara yang lebih memberi manfaat kepada diri, orang tersayang dan masyarakat daripada terlalu sibuk mencanang aib orang lain dalam gelanggang media sosial.

“Jangan kerana seorang dua, kita nak salahkan agama. Saya tak suka hakimi orang dan sampai sekarang saya percaya, selagi kejahatan seseorang itu saya tak nampak atau rasa, pasti ada kebaikan dalam diri mereka yang kita boleh kenang.

“Selagi tak menyusahkan atau berhutang dengan saya misalnya, saya tak nak campuri urusan mereka. Baik kita jaga kita.

“Saya pun sekarang tengah nak istiqamah bukan dari segi percakapan dan pakaian sahaja bahkan dari segi amalan juga.

“Tanya diri kita sama ada kita jaga tak mak ayah, keluarga dan orang susah di sekeliling kita. Saudara-mara perlu bantuan, kita tolong atau sebagainya. Itu yang kita kena fokus.

“Daripada nak pening pasal orang lain atau kata netizen, baik kita salurkan bantuan buat mereka yang memerlukan terutama darah daging sendiri,” tuturnya.

PELAKON dan usahawan, Fouziah Gous enggan mencampuri urusan orang lain terutama berkaitan baik buruk seseorang yang ‘dekat’ dengan agama. Fouziah yang merupakan isteri kepada usahawan, Datuk Mohd. Zhafran Md Yusof mula berhijab penuh sejak 2018.

Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang masih dalam perbicaraan mahkamah melibatkan figura berstatus pendakwah bebas popular menjadi perbualan hangat orang ramai sekali gus menjemput perdebatan warganet.

Kredit, KOSMO! ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button