Global

Selepas 19 tahun bertunang, Michelleh Yeoh kini isteri Jean Tod

SETELAH 19 tahun mengikat tali pertunangan, aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya selamat bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland pada Khamis.

Berita tersebut dikongsi salah seorang tetamu majlis berkenaan iaitu pelumba Formula One, Felipe Massa menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Selamat berkahwin, Jean Todt dan Michelle Yeoh. Sayang kamu,” tulisnya.

Michelle, 60, berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China dan sejak itu hubungan cinta mereka sering menarik perhatian umum.

Pada perkongsian sama, Massa turut memuat naik kad jemputan perkahwinan yang tertera tarikh dan tempat majlis berkenaan dilangsungkan.

“Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Pada 26 Julai 2004, JT (Jean Todt) melamar MY (Michelle Yeoh) dan dia bersetuju.

“Hari ini (semalam) selepas 6992 hari, pada 27 Julai 2023 dengan dikelilingi keluarga dan rakan, kami sangat gembira meraikan hari istimewa ini,” tulisnya pada kad jemputan tersebut.

“Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Pada 26 Julai 2004, JT (Jean Todt) melamar MY (Michelle Yeoh) dan dia bersetuju.

“Hari ini (semalam) selepas 6992 hari, pada 27 Julai 2023 dengan dikelilingi keluarga dan rakan, kami sangat gembira meraikan hari istimewa ini,” tulisnya pada kad jemputan tersebut.

Sumber : sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button