[Video] Ucapan raya mesej terakhir Mael buat anggota XPDC, sepatutnya berkumpul buat persembahan minggu depan
BERITA pemergian vokalis XPDC iaitu Mael bukan sahaja mengejutkan peminat muzik tanah air tetapi juga anggota kumpulan berkenaan yang masih dalam keadaan tidak percaya.
Pemain dram XPDC iaitu Amy atau Amy Suhaimi Abu Bakar berkata, kali terakhir dia berkomunikasi dengan Allahyarham pada 1 Syawal lalu menerusi WhatsApp bagi mengucapkan selamat hari raya dan saling bermaaf-maafan.
“Saya memang terkejut apabila mendapat panggilan daripada pengurus kami memaklumkan Mael sudah meninggal dunia.
“Masa hari raya pertama, kami berhubung menerusi WhatsApp dan waktu itu dia okay sahaja… kami tidak bersempat menziarahi satu sama lain tetapi ada berhubung menerusi telefon,” katanya kepada mStar.
Sekitar majlis pengembumian Mael di Muar, Johor.
Amy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada upacara pengebumian Mael di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudah, Bakri Batu 5, Muar, Johor pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Amy mendedahkan mereka sepatutnya bertemu untuk menjayakan persembahan di Kedah dan Serdang, Selangor pada 5 dan 6 Mei ini namun hasrat itu tidak kesampaian.
Malah katanya, XPDC juga telah merangka beberapa persembahan lain namun semua perancangan itu dibatalkan bagi memberi penghormatan atas pemergian Mael.
“Ada dua persembahan yang sudah confirm pada 5 dan 6 Mei ini. Apa-apa pun sekarang kami akan berehat seketika daripada sebarang persembahan pentas bagi memberi penghormatan atas pemergian Allahyarham,” ujarnya.
Sementara itu, sahabat baik Mael iaitu Joe Wings memberitahu kali terakhir mereka bekerjasama adalah pada Disember tahun lalu ketika sama-sama menjayakan sebuah konsert di Zepp Kuala Lumpur.
Kata Joe atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 54, kesihatan Mael ketika itu juga sudah merosot sehinggakan menjejaskan persembahannya di pentas dan mengetahui arwah memang mengalami masalah semput yang kronik.
Masa hari raya pertama, kami berhubung menerusi WhatsApp dan waktu itu dia okay sahaja…
AMY
PEMAIN DRAM
“Kami baru sama-sama bekerjasama dalam sebuah konsert pada Disember lalu dan kami sempat merancang untuk mengadakan beberapa siri konsert namun nampaknya hajat itu tidak kesampaian.
“Arwah memang ada masalah semput yang teruk malah masa konsert pun nampak tetapi semangat dia yang kental membuatkan dia tetap meneruskan persembahan sebaik mungkin.
“Pemergiannya di malam Jumaat, Insya Allah mendapat keberkatan dan saya doakan semoga rohnya bersama orang-orang beriman,” katanya.
Pada Khamis, Mael menghembuskan nafas terakir di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor kira-kira pukul 9.30 malam.
Joe berkongsi hasratnya dan Mael tidak kesampaian untuk melakukan siri jelajah bersama.
Mael sebelum itu dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sesak nafas pada lewat petang Khamis sebelum disahkan meninggal dunia.
Untuk rekod, Mael adalah salah seorang pengasas kumpulan XPDC pada 1985 yang menggunakan nama Tragedy bersama Izo yang bertindak sebagai gitaris.
Bagaimanapun pada 1997, Mael membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.
Album terakhir Mael bersama XPDC berjudul Brutal yang dilancarkan pada tahun sama terjual melebihi 350,000 dan ia album paling laris kumpulan itu sehingga kini
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.