Hiburan

[VIDEO] “Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnαnt” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

PELAKON Mawar Rashid berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 27, dia tiada niat merahsiakan kehamilan kali ini, namun sedia berkongsi berita baik itu apabila kandungan sudah benar-benar kuat.

“Kita tak ada perancangan apa-apa tapi sebab kawan-kawan pun dah mula tanya. Komen-komen di Instagram pun ramai dah boleh agak.

Dalam pada itu, Mawar juga memaklumkan bahawa kehamilan kali ini agak mencabar buat dirinya sekaligus kagum dengan pengorbanan ibu-ibu yang lain.

“Sebenarnya alahan kali ini memang paling teruk, terkejut saya… tapi rasa berbanggalah dengan ibu-ibu dekat luar sana yang lalui Mawar lalui ni.

“Saya kena alahan yang sangat-sangat tervk, kehamilan sebelum ini sebenarnya sangat sikit. Kali ini sampai masuk air dekat hospital, masuk ubat sebab tak boleh nak telan apa-apa. Sampai orang cakap boleh ment4llah!

“Untuk timester pertama muntah hari-hari, minum dan makan tak boleh… dehydration sampai kena ke hospital. Tapi tak sanggup nak tinggal lama di hospital sebab nanti stres,” kongsinya.

Mawar turut memaklumkan kandungan kali ini juga dia terpaksa duduk di dalam bilik kerana tidak boleh terhidu bauan lain selain di dalam biliknya.

Mawar bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila alahan tersebut hanya berlanjutan selama tiga bulan dan kini dia sudah boleh melalui rutian harian seperti biasa.

Mawar akui dikejarkan ke hospital kerana alahan.

“Alhamdulillah, dah boleh makan dan minum. Saya juga dah boleh keluar rumah dan tiada lagi sensitif pada bau,” ujarnya.

Tu.lar sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael kerana sudah menjaganya sewaktu mengandung.

“Thank you Rafael jaga mommy time pregnant. Love you son,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kebaikan dan ketulusan Rafael yang membantu ibunya.

Malah warganet turut tidak melepaskan peluang untuk mendoakan Rafael menjadi anak yang soleh.

Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Sumber: Xtra, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button