Hiburan

[VIDEO] “Ini Baru Betul Bersantai..”- Cara Sempoi Emma Maembong Layan Anak Meragam Tarik Perhatian Ramai

Sempena tahun baharu yang disambut baru-baru ini, pelakon Emma Maembong juga berkongsikan ending di tahun 2022 di media sosial miliknya apabila dia bersama anak dan suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat bercuti bersama dan Emma Maembong memuat naik beberapa keping foto sepanjang bercuti tersebut.

Umum sedia maklum, pelakon jelita ini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata lelakinya yang diberikan nama, Shariq Gabriel. Cahaya mata pertama Emma Maembong ini sering mencuri tumpuan peminat anak selebriti dengan kecomelannya yang kini semakin membesar.

Anak Emma Maembong, Shariq Gabriel.

Walau bagaimanapun, dalam satu muat naik Emma Maembong di Instagram Story telah tular menjadi tumpuan ramai apabila dia sempat melayan gelagat anaknya itu ketika bercuti. “Bila dia tak nak dukung, tak nak jalan, tak nak buat apa just nak baring, cakap kotor dia nangis. Jadi kita baring sekali.” Tulisnya.

 

Muatnaik tersebut yang memaparkan gelagat Shariq Gabriel turut tular mendapat pujian warganet dan netizen. Sementara itu, ada juga yang memahami situasi dihadapi oleh Emma Maembong dimana ia perkara biasa dan caranya itu pula dikatakan adalah cara masing-masing.

Dalam pada itu, warganet diruangan komen juga turut memuji cara santai Emma Maembong melayan gelagat anaknya itu selain tercuit hati dengan kecomelan mereka.

‘Cara masing-masing…’

Comel ni’

‘Ini baru betul bersantai hahaha’

Sumber: Syor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button