Viral

Murid 9 tahun ‘speaking’ macam air, siap bersyarah depan usahawan! Ibu kongsi rahsia anak pandai B.Inggeris

MENONTON rakaman-rakaman dikongsikan membuatkan ramai terpegun dengan kepetahan kanak-kanak ini berbahasa Inggeris.

Menerusi satu video tular dikongsikan ibunya, Nonie Sarawanie, 42, ketika itu, Nur Ayeesha Azzaleea Mohamed Mukhriz dijemput sebuah syarikat untuk memeriahkan Majlis Inspirasi Kerjaya Bersama Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu.

Menurut Nonie, anaknya yang berusia sembilan tahun ini menerima jemputan khas untuk berkongsi pengalamannya sebagai pengguna kasut Medifeet di hadapan pentas.

“Kami menerima jemputan daripada pemilik syarikat tu sebab dia memang suka tengok keletah Zaza (panggilan Azzaleea) dan ingin berjumpa secara berdepan.

“Hadirin yang datang bukanlah calang-calang, kebanyakan semua ahli perniagaan hebat. Untuk sesi Zaza, dia dianggap sebagai tetamu undangan untuk selingan majlis selepas semua usahawan memberi ucapan.

“Zaza diberi masa 20 minit untuk bercakap. Pada mulanya saya bercadang nak bersama dengan Zaza untuk kongsikan pengalaman tetapi disebabkan saya tiada suara masa tu, dia bercakap seorang dan dia okay… akan cuba katanya,” ujar Nonie kepada mStar.

Menurut Nonie, Zaza diminta ‘mengajar’ dalam majlis tersebut kerana banyak videonya sebelum ini menujukkan lagaknya seorang pengajar bahasa Inggeris menggunakan slanga Amerika dan British.

Sebagai ibu yang memberi sokongan penuh terhadap minat anaknya, Nonie membantu Zaza membuat persiapan awal bahan mengajar dengan menyediakan slaid pembentangan.

“Lepas waktu subuh tu saya ambil masa sedikit untuk buat slaid menggunakan Power Point untuk Zaza bentangkan pasal kasut.

“Alhamdulillah dia dapat sampaikan dengan baik. Semua penonton terhibur dengan telatah dia seperti pensyarah. Respons hadirin masa Zaza memberi ucapan cukup membuatkan saya bangga.

“Mereka mungkin terkejut budak sembilan tahun berani bercakap di atas pentas dan boleh bangun untuk bertanya soalan seperti gaya seorang guru atau pensyarah,” kata si ibu.

Dalam pada itu, Nonie juga turut berkongsi tip bagaimana anaknya ini dibentuk dan dididik sehingga dia mempunyai tahap keyakinan tinggi dan petah berkata-kata di khalayak.

Orang ramai terpegun dengan kepetahan kanak-kanak ini berbahasa Inggeris.

Yakin bercakap di khalayak

Disebabkan Zaza seorang yang suka bercakap sejak kecil, Nonie menghantarnya ke sebuah kelas pengucapan awam di Taipan USJ, SElangor.

Nonie yang merupakan seorang guru turut membuat pemerhatian dan mendapati ramai murid boleh bercakap dengan kawan-kawan tetapi bila dipanggil ke hadapan atau naik ke pentas mereka takut untuk bercakap.

“Apa yang saya selalu buat, saya akan suruh Zaza bercakap di hadapan, saya dan suami akan jadi penonton.

“Contohnya apabila selesai tonton cerita atau baca buku. saya akan minta dia ulas semula di hadapan kami.

“Dari situlah dia begitu berani tampil di khalayak. Itulah yang dia belajar tentang penguasaan pentas dan hadirin,” jelas Nonie.

Zaza pernah memenangi pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan johan ‘story telling’ di sekolah.

Penggunaan Bahasa Inggeris baik

Kebanyakan komen yang diterima adalah berkaitan dengan slang Zaza(accent).

Seperti kanak-kanak lain, Zaza suka menonton video untuk belajar tatabahasa dan kosa kata bahasa Inggeris sebelum ia dipraktikkan.

“Zaza masih banyak yang perlu dipelajari dan perbaiki. Ada juga yang menegurnya yang kadangkala tersalah dari segi tatabahasa bahasa Inggeris,

“Pada saya, ini semua proses pembelajaran. Saya pun faham di peringkat umur macam ini kita tidak boleh berharap lebih dari kemampuan dia,” ujarnya.

Seperti mana dapat dilihat pada videonya, rata-rata memuji keberanian si cilik ini mengendalikan majlis tersebut.

Dia kelihatan begitu bersahaja dan tidak kekok, walaupun menurut Nonie ini merupakan kali pertama anaknya berucap di hadapan orang dewasa.

“Ada juga sedikit komen kecaman menyentuh slang Zaza. Tapi pada saya, asalkan para hadirin faham dan seronok masa itu sudah cukup. Ada yang kata Zaza bukan dilahirkan di England jadi slang itu agak keterlaluan.

“Saya juga terima banyak sangat komen positif mengatakan anak mereka juga terinspirasi belajar Bahasa Inggeris selepas melihat video Zaza.

“Walaupun Zaza dilihat menguasai Bahasa Inggeris, ramai anggap saya membiarkan dia tidak menguasai Bahasa Melayu. Alhamdulillah seperti dalam video yang saya kongsikan dalam TikTok, Zaza pernah memenangi pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan johan acara ‘story telling’ di sekolah,” ujar Nonie lagi.

Dalam pada itu, Nonie menegaskan bahawa tujuan dia berkongsi video Zaza di TikTok adalah untuk memberi inspirasi kepada anak-anak orang lain supaya dapat sama-sama belajar.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab andamm

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button