(VIDEO) “Adakah Dia Lakukan Sesuatu Haram, Guna Duit Anda? Tidak” – Firdaus Tegur Netizen ‘Over’ Marah Alif Teega Kahwin Lain
Pendakwah bebas yang dikenali ramai, Firdaus Wong menasihati orang ramai untuk tidak terlalu emosi apabila memberi pandangan mengenai isu influencer, Alif Teega kahwin satu lagi.
Melalui perkongsiaan video di Instagram, Firdaus berkata Islam mengajar umatnya untuk fikir secara rasional sebelum membuat satu keputusan.
Dalam pada masa yang sama, pendakwah itu turut menegus beberapa pempengaruh media sosial yang lain ambil kesempatan menunggang isu yang sedang ‘panas’ ini.
Bahkan merasakan lebih baik mendoakan yang terbaik buat Alif dalam kedua-dua rumah tangganya.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan tindakannya itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitinya.
Kontroversi rumah tangga Aisyah dan Alif mendapat perhatian ramai.
Isu ini menjadi lebih hangat selepas ahli keluarga Aisyah Hijanah tampil membuat pendedahan mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui serta menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
Malah Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah mendakwa, Alif turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.
Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Beautifulnara, mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.