Hiburan

[VIDEO] “Adab mana, tk ade jlan lain ke?”- Awie Tgh Nyanyi, Trkejut Ada Yg Naik Pentas Terus Jadi Bualan Netizen!

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi rock, Dato’ Awie. Namanya cukup popular dari era 1990-an hinggalah kini. Sebut je namanya pasti ramai yang terbayangkan kepaduan suara nyanyian Dato’ Awie.

Apatah lagi apabila berpeluang menyaksikan nyanyian Dato’ Awie secara langsung, pastinya lebih gempak dan puas. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan persembahan Dato’ Awie di salah sebuah majlis telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, dalam rakaman itu dipaparkan Dato’ Awie berada di atas pentas sedang membuat persembahan. Namun secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian polis dan dua wanita naik ke atas pentas.

Ingatkan mereka mahu buat apa, rupa-rupanya nak lalu sahaja. Tapi perbuatan ‘aneh’ ketiga-tiga mereka ini membuatkan ia menjadi perbualan ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman persembahan Dato’ Awie ‘terganggu’ dengan tiga orang ini:

 

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah reaksi Dato’ Awie sedang menyanyi seakan terkejut dan tergamam dengan kelakuan individu terbabit. Memang aneh juga sedang nyanyi tiba-tiba ada pula yang boleh lalu atas pentas begitu.

Perkongsian rakaman Dato’ Awie tengah nyanyi dan terkejut dengan kejadian tersebut telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 26 ribu likes. Apa-apa pun orang ramai berpendapat ketiga-tiga orang tersebut tiada adab.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman Dato’ Awie tengah nyanyi dan terkejut dengan kejadian ini:

“Lupa terus nyanyi lagu apa tadi”

“Dah macam orang berkaraoke kat tempat kenduri kawin pulak awie. Tengah nyanyi orang lalu hahaha”

“Ingat kat jalan raya ke jenis ikut suka tahan keta sebab beri laluan ke VIP. Sampai ke tengah konsert pun sama”

“Terkejut Dato Awie”

Sumber: HCL, YOUTUBE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button