Viral

[Vide0] Suka-suka ‘update status’ gambar mesin jahit, tak sangka bapa mentua hadiahkan…jadi asbab mula bisnes menjahit

SIAPA yang tidak gundah apabila segala keselesaan yang dikecapi lenyap sekelip mata.

Begitulah yang dialami Nurul Haqiqah Sanadi selepas dia sekeluarga diuji dengan kehilangan punca pendapatan.

Segalanya bermula ketika era penularan wabak C0v1d-19 pada tahun 2020 selepas suaminya yang bekerja di Ringgit Plus melibatkan urusan perbankan khidmat pinjaman peribadi terpaksa melepaskan jawatan pada bulan April tahun yang sama.

 

“Suami saya terpaksa memilih untuk meneruskan pekerjaan tanpa gaji pokok dan bergantung sepenuhnya kepada komisen untuk sales atau berhenti berkhidmat serta mendapat pampasan sebulan gaji.

“Setelah kami berbincang, dengan membuat pertimbangan ekonomi yang makin merosot, suami mengambil keputusan untuk berhenti.

“Jadi bermulalah kehidupan yang agak mencabar buat kami sekeluarga bersama seorang cahaya mata,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut wanita berusia 31 tahun itu lagi, bagi meneruskan kelangsungan hidup, suaminya melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk menjadi rider Lalamove.

Antara produk yang dihasilkan Haqiqah.

Malah, lebih kurang setahun tiga bulan suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala dia hanyalah suri rumah tangga yang membuat dropship bagi beg custom nama dan produk kek.

Pada masa sama, dia turut bersyukur kerana mendapat ihsan kerajaan melalui duit Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Selepas menjahit untuk diri sendiri, barulah saya tahu apa yang perlu ditambah baik seterusnya membuat iklan bagi mendapatkan pelanggan.

HAQIQAH

Melihatkan kesukaran suami yang bekerja siang malam bagi mencari sesuap nasi, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini cuba untuk membantu.

Umpama rezeki terpijak, dia tidak menyangka bahawa bapa mentuanya menghadiahkan mesin jahit mudah alih yang kemudiannya menjadi punca sumber pendapatan pada masa ini.

“Saya seorang yang suka update status Facebook… jadi suatu hari saya muat naik gambar mesin jahit portable dengan kapsyen ‘cantiknya mesin jahit ni’.

Haqiqah bersama suami dan dua anaknya.

“Tak sangka mentua saya balas ‘Qiqah nak? Abah belanja’. Masa tu saya tolak sebab update tu sekadar untuk berkongsi apa yang saya suka.

“Tapi abah kata tak apa dan nak hadiahkan… memang gembira sangat,” luahnya.

Sejak itu, bermulalah episod dia memulakan bisnes jahitan.

Meskipun tidak mempunyai kemahiran mahupun asas menjahit, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Kayu dari Universiti Putra Malaysia tidak berputus asa untuk mendalami seni kreatif tersebut.

“Bermula dengan jahit langsir rumah sebab saya rasa jahit langsir paling senang kerana jahitan lurus shaja, tapi ternyata susah juga. Saya hanya belajar dari YouTube.

“Selepas menjahit untuk diri sendiri, barulah saya tahu apa yang perlu ditambah baik seterusnya membuat iklan bagi mendapatkan pelanggan,” kongsinya mengimbau permulaan bisnes HaqsTailor.

Baju kanak-kanak turut dihasilkan.

Kini, ibu kepada dua cahaya mata itu mampu menarik nafas lega kerana kehidupannya sekeluarga kembali pulih.

Malah dia sentiasa berpegang teguh pada kata-kata pensyarahnya agar tidak menjadikan wang sebagai matlamat utama.

“Katanya apabila kita kerja untuk cari duit, kita cepat jemu dan rasa penat dalam mencari duit tetapi apabila bekerja dalam bidang yang kita minat… duit akan kejar kita,” katanya.

Dengan pesanan tersebut dia berjaya bangkit dan melepaskan diri daripada kata-kata negatif yang menjatuhkan.

Tambahnya, pada masa ini, totebag jahitannya antara produk yang mendapat sambutan hangat.

“Fokus utama saya sekarang adalah set cadar dan baby travel comforter. Dalam masa yang sama, saya ingin mengembangkan channel YouTube, TikTok untuk membantu semua ‘pendatang baharu’ yang ingin menceburi dunia jahitan,” ujarnya yang sudah mempunyai mesin jahit industri.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button