Viral

[Vide0] Pemuda Ini Bantu Makcik Ini Tukar Tayar Pancit Tengah Panas Terlk, T0lak Sagu Hati, Tapi Pemuda Ini Buat Permintaan Lain

SATU amal kebajikan mungkin kelihatan kecil bagi kita tetapi besar maknanya kepada mereka yang menerima.

Begitulah apa yang dirasai wanita lanjut usia ini apabila keretanya tersadai di bahu jalan dan dia dibantu oleh seorang penunggang motosikal yang berhati mulia.

Melalui satu video tular di TikTok, dapat dilihat rakaman kamera papan pemuka sebuah motosikal yang menangkap detik menyentuh hati itu, dipercayai berlaku di Pahang.

Ketika motosikal itu sedang melalui selekoh, kelihatan dari kejauhan sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dengan seorang pemandu wanita sedang menyelongkar but.

Prihatin dan mempunyai rasa ingin tahu, pemuda itu yang senang disapa sebagai Andy menunggang motosikalnya ke tepi untuk melihat apa yang boleh dibantu.

“Dari jauh nampak makcik ni tengah selongkar but, saja nak berhenti tanya kot ada apa yang boleh bantu.

“Makcik cakap tayar pancit terlanggar lubang, dia cakap nak tukar tayar spare,” tulis Andy dalam videonya.

Wanita berkenaan yang ditemani seorang lagi perempuan lewat usia itu meraih simpati Andy yang segera menghulurkan bantuan.

“Tak sampai hati tengok orang tua-tua nak tukar tayar tengah panas terik ni, Tak apa la saya bantu dengan niat kerana Allah,” kata Andy.

Tanpa melengahkan masa, dia terus memulakan kerja dan membawa tayar ganti ke bahagian tayar hadapan yang pancit.

Kereta dinaikkan sedikit menggunakan jek, dan spanar diputarkan untuk melonggarkan nat tayar.

Saya ikhlas tolong, saya tak nak, cukup la doakan saya.

ANDY

Sedang Andy membanting tulang, pemilik kereta itu setia menemaninya di sisi walaupun panas terik matahari memayungi kepala.

“Sambil-sambil tu rancak berborak dengan makcik ni. Peramah sangat orangnya. Makcik cakap dia duduk dekat Pondok Darul Izzah yang berdekatan.

“Banyak kali saya suruh masuk dalam kereta sebab panas sangat ni tapi makcik cakap kesian saya panas berseorangan.

“Saya cakap tak apa tapi makcik, makcik risau sangat saya kena panas,” tulis Andy terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan.

Kereta wanita ini pancit tayarnya di bahu jalan raya.

Andy yang tidak sanggup melihat wanita tersebut berpanas segera bangun dan memujuk wanita itu untuk menunggu dalam kereta.

“Akhir sekali saya pergi hidupkan enjin, paksa makcik ni masuk dalam kereta sebab memang panas sangat matahari,” ujarnya.

Walaupun menghadapi sedikit kesukaran kerana tayar ganti yang kecil, ia berjaya diselesaikan dengan kecekapan Andy.

“Alhamdulillah selesai tukar tayar, saya pesan dekat makcik tu lepas ni terus pergi kedai tayar sebab tayar ni tak boleh pakai lama.

“Lagipun tayar spare tak cukup angin,” kata Andy memberi peringatan.

Andy menghentikan motosikalnya untuk membantu.

Babak yang menyusul seterusnya membuktikan Andy sememangnya membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Wanita berkenaan cuba menghulurkan duit sebagai tanda terima kasih tetapi ditolak dengan lembut oleh Andy.

Sebaliknya Andy cuma mengharapkan doa daripada wanita itu agar dia dan keluarganya sentiasa sihat.

“Kesian dekat awak panas ni, ambil la, makcik tak ada apa nak bagi, nanti datang la jumpa makcik di Pondok Darul Izzah,” kata wanita itu yang terhutang budi.

“Tak nak, saya ikhlas tolong, saya tak nak, cukup la doakan saya,” kata Andy tidak mengharapkan wang ringgit.

Antara komen netizen.

“Awak tolong saya, Allah tolong awak, makcik doakan awak, terima kasih ya,” ujar wanita itu mendoakan Andy agar sentiasa di bawah lindungan Allah.

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata terharu dengan keihklasan yang ditunjukkan Andy.

“Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki Abang Andy.

“Jatuh air mata, terus la berbuat kebaikan.

“Sebak pula, terima kasih bro tolong, makcik orang baik, jumpa pun orang yang baik, rezeki makcik dan Andy,” kata sebilangan netizen.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button