Viral

[VIDE0] Mak kawan India ajak datang rumah makan kari kambing, memang padu! Alih-alih netizen tanya, daging beli di mana?

ORANG Malaysia memang tak boleh lari daripada makan kari, dan kalau kena gaya masakannya, memang boleh buatkan kita bertambah nasi.

Lebih-lebih lagi jika ia air tangan ibu yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

Namun bagi sekumpulan remaja ini, mereka lebih bertuah apabila dapat merasai kari kambing yang dimasak ibu salah seorang kawan mereka yang berbangsa India.

Percayalah, kari yang dimasak orang India memang lain dan rasanya sangat sedap.

Berdasarkan video yang dikongsikan pemuda dikenali sebagai Hayqall di akaun TikTok @hayqa1, dia dan rakan-rakannya dipercayai dijamu hidangan kari kambing itu sewaktu sambutan Deepavali pada Oktober lalu.

“Dapat kawan yang berbeza agama tapi faham halal haram kita (umat Islam) adalah salah satu rezeki.

“Biasa dekat rumah dapat bau je jiran belakang punya (masakan). Kali ini dapat rasa, macam nak bungkus,” ujarnya.

Menerusi rakaman ringkas selama 20 saat itu, mereka menikmati hidangan itu bersama makanan lain seperti muruku, manisan dan teh panas di perkarangan rumah.

Turut kelihatan tetamu lain berbangsa Cina, memang muhibah!

Antara netizen yang bertanya tentang status halal dan haram.

Bagaimanapun di ruang komen, terdapat segelintir netizen yang menyuarakan rasa ragu-ragu dengan status halal dan haram makanan yang dihidangkan itu.

Namun balas Hayqall, dia dimaklumkan bahawa daging kambing tersebut dibeli daripada sebuah kedai Muslim di Shah Alam.

“Ayahnya beli daging kambing di Shah Alam, kedai Islam dan keluarga mereka pun tak pernah masak khinzir atau minum arak,” katanya.

Kebanyakan keluarga India lebih memahami sebab mereka tak makan yang bukan-bukan sangat.

NETIZEN

Hingga kini video yang dikongsikan Hayqall pada 25 Oktober lalu sudah meraih lebih sejuta tontonan dan 146,000 tanda suka di TikTok.

Sebahagian besar netizen kagum dengan semangat toleransi serta hidup bermasyarakat walaupun berbeza kaum dan agama yang ditunjukkan Hayqall dan kawan-kawannya.

Antara komen netizen di TikTok.

“Sedapnya, seronok tu ada kawan pelbagai kaum. Faham sesama agama baru muafakat membawa berkat perpaduan.

“Jangan risau, kari mak-mak yang masak dari rumah macam ini lagi sedap daripada kedai mamak.

“Kebanyakan keluarga India lebih memahami sebab mereka tak makan yang bukan-bukan sangat, lebih-lebih lagi yang lebih tua,” kata beberapa netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button