Hiburan

[Vide0) GV9 lebih ‘boom’ dengan kehadiran Elly Mazlein, Jihan Muse tiada kuasa tentu nasib musim depan – “Kita kerja makan gaji”

KEMUNCULAN Elly Mazlein sebagai pengacara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menggantikan Jihan Muse yang cuti bersalin sebelum ini diterima baik sehingga ada meminta kedudukan penyanyi dan pelakon itu dikekalkan.

Ramai menyifatkan Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina berjaya menghidupkan program tersebut dengan aksi bersahajanya selain memberi nafas baharu terhadap program popular berkenaan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Jihan atau Nur Jihan Musa, 40, berkata, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro berhubung persoalan sama ada dia bakal kembali menerajui program tersebut atau sebaliknya.

Kata Jihan, sebagai seorang pekerja yang mengikut kehendak stesen televisyen, dia tidak mempunyai hak untuk mengekalkan kedudukan sebagai hos program tersebut.

Jihan sentiasa percaya pada rezeki.

“Saya tak berani cakap sebab itu keputusan pihak Astro. Kalau mereka rasa itu lebih baik, mungkin sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk program tersebut termasuk dari segi rating tontonan.

“Kita nak cakap apa… kita kerja makan gaji, kan? Kalau mereka kata masih perlukan saya, kita buat. Saya positif sahaja kerana bagi saya, Insya Allah rezeki itu sentiasa ada,” katanya kepada mStar.

Jihan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lag uke-37 (AJL37) yang diadakan di PJ Pac, 1 Utama, Damansara pada Rabu.

Pada sidang media berkenaan, Jihan diumumkan sebagai hos acara berprestij itu bergandingan dengan Sherry Alhadad.

Dalam pada itu, Jihan mengakui dia sendiri terhibur dengan aksi Elly mengendalikan GV9 bersama Nabil dan menyifatkan penyanyi itu seorang hos yang baik.

Kalau mereka kata masih perlukan saya, kita buat. Saya positif sahaja kerana bagi saya Insya Allah rezeki itu sentiasa ada.

JIHAN MUSE

PENGACARA

Ini kerana kata Jihan, bukan mudah untuk menghiburkan penonton setiap minggu dan Elly berjaya dengan caranya tersendiri.

“Saya memang dah dapat agak kalau tak Kak Lina, Sherry akan menggantikan saya. Alhamdulillah, bila saya tengok Kak Lina terpilih saya gembira dan program itu berjaya.

“Saya rasa lagi ‘boom’ sebab sejujurnya sebagai penonton kita pun nak tengok benda baru. Tambahan pula negara baru habis PKP, semua penonton dapat berhibur dan saya rasa GV9 paling best,” katanya.

Jihan meletakkan keutamaan kepada keluarga.

Bercakap mengenai perkembangan terkininya, Jihan berkata, sejak melahirkan anak kedua tumpuannya lebih tertumpu kepada keluarga dan bersikap memilih tawaran diberikan kepadanya.

“Sekarang memang saya beri keutamaan kepada keluarga. Sekiranya ada tawaran tidak menganggu masa bersama keluarga, Insya Allah memang saya akan buat.

“Tapi apa yang saya boleh katakan, kini saya memang utamakan keluarga terlebih dahulu,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button