Hiburan

(Vide0) Berhabls hamplr setengah juta, Afdlin Shauki dah puas kumpul k0leksi figura… Mahu jual kerana sudah tiada minat

MENGHABISKAN hampir RM500,000 selama 30 tahun mengumpul permainan figura aksi, pengarah Datuk Afdlin Shauki membuat keputusan untuk menjual koleksi-koleksi berkenaan.

Kata Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, dia mahu menjual koleksi permainannya itu kerana sudah berubah minat.

“Koleksi permainan yang saya ada ni sudah beri keseronokan pada saya semasa saya beli dan masa saya main.

“Tapi sekarang ini tiba masanya pada saya untuk orang lain rasa gembira pula untuk pegang permainan ini.

“Fasal koleksi permainan saya ini kebanyakannya sudah tiada di pasaran lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 

Afdlin Shauki Lelong Koleksi Permainan Dari Tahun 1980an

Menerusi halaman tiktok rasmi Afdlin Shauki, dia telah berkongsi satu klip video di mana dia ingin melelong kesemua koleksi permainan ‘rare’ yang disimpan olehnya sejak 1980an.

Beliau berkata yang dia ingin menjual koleksi mainan tersebut bagi mengumpul dana bagi yayasan. Tambahannya lagi, kini dia tidak lagi mengumpul apa-apa mainan. Justeru lebih baik dia menjualnya bagi mengumpulkan wang bagi yayasannya.

Menerusi klip tersebut, Afdlin Shauki ada menunjukkan beberapa koleks rare yang dimilikinya seperti Starwars, Batman, Marvel dan banyak lagi. Dia berkata yang dia akan melelong kesemua permainan itu tidak lama lagi dan dia akan memberikan update terkini melalui page nya.

Buat peminat koleksi permainan rare, ambil perhatian dan jangan terlepas peluang untuk dapatkan mainan rare dari tahun 1980an.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button