“Dia Malaysiakan Mak Dia!”, Wanita Scotland Cuba Teguk Milo Ais Buat Pertama Kali, Ramai Terhibur Dengan Reaksinya
Jika anda seseorang yang mengikut perkembangan food review di TikTok, pasti anda mengenali seorang gadis dari Scotland bersama ibunya yang menetap di Malaysia. Dia dan ibunya menjelajah makanan serta minuman unik di negara ini dan memberi komen juga pendapat tentang segi rasa dan persembahan makanan.
Ramai Netizen Terhibur Dengan Reaksinya
Terbaharu, videonya telah tular sekali lagi apabila netizen terhibur melihat reaksi ibunya. Dia mencuba minum Milo Ais buat pertama kali dalam hidupnya. Menurut ibunya, rasa air Milo seakan rasa air coklat milkshake tetapi dengan kepekatan yang kurang berbanding milkshake.
Katanya lagi, dia lebih menyukai air Milo yang rasanya sebati berbanding coklat milkshake yang terlaku pekat di negara mereka. Jadi, Milo Ais di Malaysia membuatkan dia lebih menggemari minuman coklat yang selama ini tidak disukainya.
“Mak saya mencuba minum milo ais buat pertama kali. Katanya sedap dan memang padan dengan rasa tekaknya,” kata Alana Dunsmore menyimpulkan bahawa air Milo Ais yang dicuba mereka lazat.
Milo Ais Malaysia Sedap, Tak Pekat Sangat Macam Coklat Milkshake
Video:
@alanadunsmore Milo ais is a BIG thumbs up from mom 😍🫶🏼🇲🇾 #malaysia #malaysiantiktok#malaysiatiktok #fypmalaysia #kualalumpur #kl #fypkl #miloais #milo #mamakdrinks ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Melihat ruangan komen netizen yang rata-rata dibanjiri dengan netizen dari Malaysia, ramai yang terhibur dan memberi pendapat masing-masing. Ada juga dari kalangan netizen yang menyuruh mereka mencuba versi milo ais Malaysia, iaitu Milo Tabur ataupun Neslo.
“Mantap betul, suka betul mereka dengan makanan Malaysia. Terima kasih,” kata netizen.
“Pergi pekena Milo Ais kedai Mamak pula, try milo dekat sana,” cadang seorang netizen bernama Amirul Akmal.
“Try lah Milo Tabur, Milo Dinosaur dan Neslo, yang tu versi Malaysia punya. Mesti sedap lagi dan kaw,” kata netizen lain bernama Aiman, turut memberi cadangan.
Kena Try Milo Tabur Dinasour / Neslo Versi Malaysia Pula
Melihat daripada pengalaman yang dikongsi mereka, mengenal buadaya dan tradisi negara lain memang membuatkan kita lebih menghargai kepelbagaian yang ada di bumi Tuhan. Setiap negara punya budaya dan cara masing-masing yang berbeza.
Raikan kepelbagaian dengan cara yang paling baik dan kita akan hidup dengan lebih bahagia.
Sumber: Alana Dunsmore
Kredit: Dailymakan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda