Viral

Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Berusia 23 Tahun, Ramai Pula Yang Puji Kecantikannya

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan kerja amal yang dilakukannya bagi membantu mereka yang di dalam kesusahan. Setiap kali ada kisah-kisah insan susah yang dikongsikan di media sosial, pasti nama Ustaz Ebit Lew lah yang akan dipanggil untuk menghulurkan bantuan.

Baru-baru ini pula, perkongsian terbaru dari pendakwah itu menjadi bualan ramai sehinggakan video yang dimuat naik itu menerima lebih lima juta tontonan setakat ini. Di dalam video tersebut, Ustaz Ebit Lew membantu seorang ibu tunggal muda yang berusia 23 tahun.

Difahamkan, gadis itu mempunyai seorang cahaya mata dan bekerja sebagai penghantar pesanan kategori berjalan atau walker bagi menampung kehidupan mereka. Dalam masa yang sama, gadis itu yang merupakan seorang anak yatim turut bekerja sebagai pembantu restoran secara sambilan.

Video:

@ustazebitlew

Hadiahkan motor Y15 Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

Satu Rasa Cinta – Arief

Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motorsikal kepada gadis itu bagi memudahkan urusannya bekerja sebagai penghantar makanan. Perkongsian video itu turut menyentuh hati netizen melihatkan kesusahan dan kepayahan ibu tunggal itu mencari rezeki dalam usia yang masih muda.

Meninjau di ruangan komen pula, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk gadis tersebut dan berharap ada lebih ramai pihak yang dapat menghulurkan bantuan. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama memuji kecantikannya yang dilihat sangat ayu dengan raut wajah yang manis.

“Lawa macam ni pun orang tak hargai. Bukan pakai filter, tu betul-betul.”

“Lawanya dia. Semoga ada insan yang baik terima dia sebagai isteri…”

“Muda lagi dan cantik pulak tu. Semoga jadi wanita dan seorang ibu yang kuat.”

“Sampai sanggup jadi walker allahuakbar. Mesti dia dah habis ikhtiar tapi demi anak naluri ibu tetap semangat untuk sesuap nasi…”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button