Viral

Usahawan Kemb0ja akui terlalu sedih, kongsi video minta ampun kepada TMJ

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan Kemboja dikatakan menghina kaum Melayu dengan menuduh masyarakat Melayu malas.

Tindakan tersebut seakan memakan diri apabila dikecam hebat sehingga dia tampil membuat permohonan maaf.

Walau bagaimanapun, video yang dimuat naik ke TikTok miliknya sebelum ini sudahpun tular di media sosial. Antara yang memberi respon diatas isu tersebut adalah Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Difahamkan, ada netizen yang telah meninggalkan tag ke akaun TMJ di aplikasi X dan baginda menjawab perkara berkenaan dengan mengingatkan kembali netizen tentang kenyataan ahli politik sebelum ini.

Isu usahawan Kemboja direspon TMJ

Bagaimanapun, Mariyah tampil memohon ampun susulan kenyataan daripada Tunku Ismail yang mengatakan sebelum ini tidak ada pihak yang memintanya mengambil tindakan terhadap kenyataan daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (ketika itu) pada 2018 lalu selain kenyataan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“Tahun 2018 MP (Ahli Parlimen) Muar mengatakan zaman Ketuanan Melayu telah berakhir. Tun (Mahathir) dah berpuluh tahun kata ‘Melayu malas’. Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan,” respons ringkas Tunku Ismail di X,” katanya.

Usahawan Kemboja minta ampun kepada TMJ

“Bismillahirahmanirahim. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Patik, Mariyah binti Yaakob dari Mariyah Holdings Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.

Patik berbangga jadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tuanku patik dapat berniaga di negeri Johor.

VIDEO;

Patik nak bantu ramai orang lagi Tuanku. Terima kasih sangat-sangat,” ujarnya.

Untuk rekod, Mariyah menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya yang mendakwa dirinya keturunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding orang Melayu yang disifatkannya sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video memaparkan wanita yang menjalankan perniagaan jahitan pukal itu sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Menerusi rakaman itu dia mendakwa orang Kemboja lebih pandai dan rajin berniaga berbanding Melayu yang malas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan itu dibuat pelbagai pihak selepas sebuah video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang memaparkan wanita terbabit telah mengatakan Melayu malas pada Ahad lalu.

Menurutnya, susulan laporan polis berkenaan, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Catatan terakhir, slambermedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button