Hiburan

Update’ Keadaan Nad Zainal Di lCU, Ungku Ismail Akui Sedang Kenal Hati Budi – “Saya Terasa Hilang Partner”

Seperti ramai sedia maklum, pelakon Nad Zainal sudah ditidurkan dan kini berada di unit rawatan rapi (lCU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.

Rakan artis, Ungku Ismail menjadi individu yang menerangkan tentang saklt dialami Nad dan berkongsi perkembangan aktres itu dari masa ke semasa.

Hal tersebut membuatkan peminat tertanya-tanya tentang hubungan di antara aktor dan akstres yang mula rapat sejak menjalani penggambaran drama Cina Buta itu.

Menjawab persoalan ramai, aktor berusia 36 tahun itu mendedahkan bahawa dia dan Nad sedang mengenali hati budi masing-masing serta mempunyai banyak perancangan terutamanya dalam hal kerja.

Selepas penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content Youtube. Dalam pada masa sama, tidak dinafikan kami sedang megenal hati budi masing-masing. Boleh katakan setiap hati kami contact dan kebanyakannya pasal kerja.

Bukan itu sahaja, Ungku turut akui berasa terkesan dan kehilangan apabila Nad tiba-tiba jatuh sakit memandangkan mereka memang rapat dan selalu buat konten travelog bersama.

Tambah Ungku lagi, dia mahu mendengar sendiri tentang keadaan Nad daripada doktor yang merawatnya dan akui tidak kisah dengan spekulasi netizen jika mereka berdua menjalinkan hubungan.

Kami memang rapat. Setiap hari mesej…jadi bila tiba-tiba dia tak mesej, rasa hilang. Saya terkesan sebab terasa hilang partner.”

Terdahulu, Ungku Ismail kerap berkongsi tentang perkembangan keadaan aktres berusia 32 tahun itu yang berada di ICU sejak Isnin kerana paru-paru berdarah.

Selain Ungku dan Shahrulezad yang kini berada di hospital, terdapat beberapa rakan artis lain yang menziarahi Nad antaranya Sharifah Amani, Elvina Mohamad, Nabila Huda, Bella Astilah dan suami Aliff Aziz.

Bekas suami pelakon itu, Faliq Amiruddin bersama dua anaknya, Budi Kalsom dan Fahad Ibrahim turut berada di hospital.

Industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritlkal.

Pelakon drama Cina Buta itu terp4ksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke lCU susulan mengalami paru-paru berdar4h.

Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long C0v1d.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti C0v1d pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala tervk.

Sumber: Gempak

Kredit: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button