Hiburan

“Sol baru sedar rasa kehilangan..”- Syamsul Hadir ke sekolah terus ambil anak. lihat apa berlaku

PERKONGSIAN video dimuat naik pengarah Syamsul Yusof yang menghadiri hari sukan sekolah dua anaknya iaitu Syaikul dan Sumayyah meraih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Syamsul memberi sokongan penuh kepada Sumayyah yang sedang mengambil bahagian dalam acara sukan dari sisi padang.

Malah Sumayyah juga sempat melambai bapanya meskipun sibuk memberi tumpuan dengan acara sukannya.

Lebih bertambah sebak apabila Syamsul turut mengangkat serta mengendong Sumayyah dan Syaikul selepas kedua anak-anaknya berjaya meriah pingat.

“Syaikul dan Sumayyah hari sukan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video perkongsian pengarah tersebut bagaimanapun dikongsi semula oleh seorang pengguna TikTok sekali gus menjadi bualan ramai.

Justeru itu, rata-rata sebak melihat gelagat anak-anak berkenaan bersama bapa mereka.

Malah mereka juga mengakui Puteri Sarah Liyana telah mendapat kemenangan besar apabila anak-anaknya mendapat kasih sayang yang seimbang dari ibu bapanya walaupun telah bercerai.

“Besar pengorbanan Puteri Sarah, tarik saman demi kebahagian anak-anak. Anak-anak perlukan kasih sayang mak ayah bukan duit semata.

“Sebak bercampur gembira tengok anak-anak ini dapat luangkan masa dengan ayah dia. Sumayyah cantik macam ibu dia.

“Co-parenting yang baik… dah berpisah tapi tak bergaduh nak luangkan masa dengan anak-anak,” antara komen netizen.

Difahamkan, Sarah tidak dapat menghadiri acara berkenaan kerana baru sahaja jalani rawatan lasik.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari 2023.

Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023.

Sumber:f-uh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button