Hiburan

“Terpaksa panggil bomba”- Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya pelakon wanita enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi tadi.

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit

Dalam operasj yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button