Hiburan

“Tengah makan, lap air mata eh…” – Lepas disuap Erra Fazira, Jep balik rumah kena suap oleh Sari Yanti

Sebut sahaja nama Jep, tentu ramai yang tak kering gusi dengan lawaknya saban minggu di rancangan popular, Sepahtu Reunion Live 2022 yang bersiaran di Astro Warna. Terbaharu, rancangan ini telah mengadakan Sepahtu Reunion Live Tour 2022 dan baru-baru ini pula berlangsungnya episod pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, episod pertama itu sahaja sudah membuatkan ramai begitu terhibur disebabkan gelagat berani Jep apabila pelakon jelita, Erra Fazira hadir sebagai selebriti jemputan. Sehinggakan Jep hangat diperkatakan ramai apabila dia juga sempat disuap bubur oleh Erra Fazira.

Jep Sepahtu dan Erra Fazira dalam episod pertama Sepahtu Reunion Live Tour 2022.

Meskipun begitu, peminat juga sempat mengadu kepada isteri Jep Sepahtu, Sari Yanti apabila dia yang dahulunya sering membuat lawak berlapik namun kali ini agak sedikit berani menyebabkan ramai terhibur dengan pelawak dan penyampai radio Sinar FM ini.

Ternyata terbaharu pula Jep menerusi satu muat naik di akaun Jeptapan di TikTok menarik perhatian lebih 700,000 kali ditonton oleh warganet apabila dia berkongsikan kejadian yang terjadi di rumah pula.

Nampaknya selepas disuap oleh Erra Fazira di rancangan tersebut, Jep di rumah pula disuap oleh Sari Yanti yang lalunya mengundang tawa ramai melihat akibat yang perlu ditanggungnya.

“Kak Sari baru kasi masuk rumah…”

“Nasib baik dia suap…”

“Beza diantara rumah…”

“Tengah makan, lap air mata eh…”

 

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button