“Tapi tidaklah tergesa-gesa… ” – Tak jemu doa kembali disatukan, Farid dan Diana rujuk selepas sebulan cerai
PASANGAN pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle memaklumkan bakal hadir ke mahkamah dalam masa terdekat bagi proses rujuk selepas sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.
Kenyataan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mereka sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri.
Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, urusan tersebut akan dilakukan secepat mungkin namun tidak tergesa-gesa memandangkan mereka masih dalam tempoh edah.
“Kami akan ke mahkamah secepat mungkin untuk proses rujuk semula. Semua ini perlu dilakukan mengikut proses.
Farid menemani Diana ketika hadir ke Karnival Mega Suria di Petaling Jaya.
“Tapi tidaklah tergesa-gesa… Masih ada masa. Bukan saya tak mahu umum rujuk tapi perkara ini melibatkan proses mahkamah,” katanya kepada mStar.
Diana ditemui ketika hadir ke Karnival Mega Suria yang berlangsung di Padang Timur Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.
Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, turut hadir menemami istetinya itu namun tidak boleh bercakap banyak susulan masalah sakit tekak yang dihidapi sejak beberapa hari lalu.
Farid yang sempat berbisik ke telinga Diana memberitahu mereka tidak berhenti berdoa agar bertemu penyelesaian terbaik berikutan kemelut rumah tangga sebelum ini.
Tambah Diana mereka kini masih dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka di masa akan datang.
“Farid kata kami tidak pernah berhenti berdoa. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua telah ditentukan Allah.
Diana dan Farid masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka.
“Sekarang ini kami masih dalam masa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami kembali membina apa yang pernah ada sebelum ini.
“Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang hal ini. Perlu ada privasi antara hubungan kami,” ujarnya.
Sementara itu, Diana mengharapkan hubungan mereka akan terus berkekalan demi dua orang cahaya mata mereka dan gembira Farid terus menjadi bapa terbaik buat mereka.
“Saya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Jadi saya tak mahu anak-anak lalui perkara sama.
Pasangan ini berpimpinan tangan dan berpakaian sedondon.
“Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik buat saya,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda