“Tak aci konsert kita sahaja berkali-kali awak meny4lak” – Baby Shima tak puas hati pendakwah langsung tidak berbunyi konsert di Kelantan.
PENYANYI Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir pihak yang hanya mendiamkan diri berhubung penganjuran sebuah konsert yang berlangsung di Pantai Timur, baru-baru ini.
Dalam nada sinis, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mempersoalkan di mana suara pendakwah yang langsung tidak menegur dan seolah-olah berdiam diri tentang penganjuran konsert selama tiga hari itu.
Kata Shima, 30, hal ini adalah tidak adil kerana konsert yang disertai olehnya sering mendapat teguran dari pendakwah bebas, tetapi ia tidak berlaku apabila diadakan di negeri berkenaan.
Penyanyi ini meluahkan rasa kesal di media sosial.
“Tak aci konsert kita sahaja berkali-kali awak meny4lak. Konsert di Kelantan senyap pula. Sebab di Kelantan ke semua senyap?
“Bukan ke awak kata konsert har4m, amboi isu terpilih sahaja ke berani?” tulis Shima di Instagram.
Dalam pada itu, Shima turut menyokong tindakan Caprice memuat naik video mengulas tentang pendakwah yang tidak menegur konsert di negeri berkenaan.
Video itu dikongsi semula di Instastory Shima dengan meletakkan emoji lelaki bertepuk tangan tanda setuju.
Malah, penyanyi itu turut berkongsi karikatur yang menyindir pendakwah tidak bersuara sekiranya konsert dianjurkan di negeri mereka.
Menerusi perkongsian di instagram story Baby Shima.
Perkongsian Shima itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat penyanyi lagu Lalai ini.
“Itu menunjukkan satu jari tunjuk kesalahan orang, empat lagi menunjukkan yang empunya diri lagi salah.
“Dulu kata konsert ini har4m, maks1atp… siap nak buat demo seluruh negara. Sekarang ini walaupun bodoh dan ubah nada spin asing-asing katanya,” komen netizen.
Antara netizen yang bersetuju dengan pendapat penyanyi ini.
Sementara itu, Shima menjelaskan tujuannya berkongsi mengenai perkara ini bukanlah bermaksud menyalahkan ilmuan agama yang memberikan teguran sebelum ini.
Sebaliknya dia hanya mempersoalkan mengenai keadilan dan berharap tiada pilih kasih dalam menegur sesuatu isu.
“Saya tidak menyalahkan ustaz dan ustazah yang memberi ceramah, tetapi mana keadilan? Nak tegur orang harus memilih ke?
“Lain kali jangan petik nama bila berceramah, seperti mana ustaz bertauliah memberi ceramah pada orang lain,” luahnya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.