Hiburan

Roy Azman Terkial-Kial Makan Ramen Di Jepun, Buat Netizen Terhibur!

Melancong ke luar negara pastinya akan memberi pengalaman menarik dan menjadi impian ramai antara kita untuk merasainya. Bercuti ke negara Jepun umpamanya bukan sahaja kerana cuacanya dan pemandangannya yang sangat cantik malah menikm4ti makanan halal di sana juga sangat menyelerakan.

Bercerita tentang melancong ke Jepun, baru-baru ini Roy Azman, Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan dan Jatt Talib berkesempatan meluangkan masa bersama dengan bercuti ke negara matahari terbit.

Dapat dilihat melalui perkongsian video di TikTok, sejak hari pertama tiba di sana pelbagai tempat-tempat menarik telah dilawati malah dapat dilihat ke semuanya teruja dan gembira melancong bersama-sama.

Dikongsikan juga mereka berempat telah pergi ke Gunung Fuji untuk melihat sendiri keindahan destinasi tarikan pelancong seluruh dunia bila melancong ke Jepun.

Bukan itu sahaja mereka juga dapat dilihat sempat melakukan aktiviti riadah dengan menikm4ti keindahan panorama di sekitar sungai dengan menaiki sampan.

Pun begitu, apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah mengenai perkongsian video oleh Roy Azman apabila dilihat masing-masing sedang menikm4ti ramen di salah sebuah restoran. Pun begitu video tersebut bertukar lucu  apabila Roy Azman yang difahamkan pertama kali makan ramen di Tokto kelihatan agak  kekok menggunakan chopstick.

Video:

Berkali-kali cuba disepit mi yang terhidang namun sebelum sempat disuap ke mulut mi tersebut masuk semula ke dalam mangkuk.

Menjengah di ruangan komen mendapati netizen benar-benar terhibur melihat gelagat empat sekawan ini bercuti di Jepun. Dalam pada itu tidak kurang juga ramai berseloroh dengan Roy Azman agar gunakan sahaja garfu disebabkan nampak payah sangat untuk pelakon tersebut menikm4ti ramen yang terhidang.

Komen netizen:

Sumber : keluarga.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button