Sukses Beli Kondominium Harga RM1 Juta, Ramai Tak Tahu Siti Jamumall Berk0rban Demi Abang 0KU
Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall kini berjaya memiliki kediaman pertama jenis kondominium yang mencecah harga kira-kira RM1 juta di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Kejayaan tersebut menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana dia turut menjaga abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 33.
Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin bukan saja mampu membina jenama perniagaan sendiri, tetapi juga mempunyai impian besar ingin membantu keluarga.
“Pada 2016, saya dah mula ikut abang untuk pergi ke program belajar mengenai bisnes. Jadi, waktu itu saya melihat sendiri bagaimana abang seorang OKU tapi tetap bekerja keras untuk menyara dan membantu keluarga. Melihatkan perjalanan bisnes itu, saya mula memasang niat nak tolong abang untuk meringankan bebannya.
“Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terp4ksa terbang ke Tokyo, Jepun untuk mengikut abang. Waktu itu dia tak pernah p4ksa saya untuk pergi cuma saya sendiri yang nekad sebab saya tahu kalau bukan saya yang bantu abang di sana, siapa lagi.
“Abang saya tak boleh menulis dan nak angkat tangan pun tak boleh. Jadi kena ada orang yang bantu tengokkan dia dalam kelas. Saya berkorban untuk jaga abang bila dia pergi ke Jepun. Pada hari itu juga tarikh di mana lahirnya perniagaan yang saya bina hingga hari ini.
“Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kegemilangan saya juga di mana selepas mendapat Lamborghini daripada Mommyhana dan sekarang ini dapat juga saya memiliki rumah pertama dengan harga mencecah RM1 juta.
“Saya boleh cakap, pelajaran itu bukanlah tak penting tapi kena tahu sebab saya tak ambil SPM dan putuskan untuk sambung belajar dalam bidang bisnes dengan saya punya mentor,” katanya.
Momen bermakna itu turut dikongsikan Siti Jamumall menerusi akaun TikTok, pada Isnin.
Video:
@jamumalldotcom Alhamdulillah dpt kunci rumah baru ❤️❤️ #whitekish #sitijamumall #jamumallcom♬ BELLA – SALTY
Berkongsi lanjut mengenai perjalanan jatuh bangun bersama Mohd khairul Nizam, Siti Jamumall mendedahkan syarikat abangnya sebelum ini pernah berhutang hampir RM1 juta.
“Orang nampak abang macam hebat tapi mereka tak tahu di sebalik membuat bisnes tanpa ilmu sangat susah. Hampir RM1 juta hutang syarikat yang perlu ditanggung dengan abang yang tidak bergaji hampir enam bulan.
“Saya kasihan dan dalam hati niat cuma satu saja, saya nak tolong abang dan kalau boleh untuk bantu keluarga juga. Niat saya ikhlas sebab saya berpegang kepada prinsip diri. Bila balik kami tak mampu nak buat iklan berbayar, kami buatlah ‘live’ sebab percuma.
“Saya buat setiap hari secara konsisten dan alhamdulillah masuk tiga bulan dapat bina nama dan dah ada jualan. Jadi, dari situ dapat selesaikan segala hutang.
“Kalau minat bisnes buat betul-betul dan jangan putus asa. Dalam bisnes pasti ada cabaran tapi kena percaya bila ikhlas dan niat itu baik Tuhan akan tolong. Saya tak pernah mimpi dan jangka pada usia 23 tahun boleh dapat semua ini. Saya percaya bila usaha dan buat sampai dapat tak akan pernah sia-sia,” katanya lagi.
Lebih membanggakan, dia secara tidak langsung telah berjaya membantu ramai peniaga bumiputera.
“Sejak melancarkan produk terbaharu di bawah jenama Whitekish O2 Bubble, alhamdulillah saya berjaya membantu ‘affiliate’ yang tidak perlu mengeluarkan sebarang modal pun dan mereka berjaya mendapat RM30,000 dalam masa dua hari.
“Saya bersyukur dapat bantu orang di luar sana mungkin orang nak cari pendapatan tambahan melalui TikTok. Saya sangat seronok bila tengok mereka boleh tambah pendapatan. Sesiapa yang nak belajar buat bisnes kami juga ada buat kelas. Tak susah dekat hujung jari saja,” katanya.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.