Hiburan

‘Mestilah Minat, Kalau Tak Buat Apa I Bawa’ – Peserta ATNM Bladap, Catriona Ross Tolong ‘Sekolahkan’ Belakang Pentas

Viral di media sosial apabila salah seorang peserta program hiburan All Together Now Malaysia, dikatakan biadab tatkala menjawab pertanyaan pelakon, Catriona Ross, semalam.

Wow she confident!

Di Instagram, Catriona berkongsi semula rakaman video ketika gadis yang dikenali sebagai Ika menjawab pertanyaannya dengan cara bladap. Menurut Catriona atau lebih mesra disapa sebagai Kak Kek, gadis tersebut sepatutnya menjawab dengan cara yang sopan dan bukannya berlagak seperti ‘diva’.

Menerusi rakaman video, Kak Kek bertanya kepada Ika sama ada dia selesa untuk membawakan lagu yang dinyanyikan ataupun tidak. Ternyata jawapan yang diberikan oleh Ika membuatkan Kak Kek dan kesemua juri tergaman. Gadis itu berkata, ‘dia minat lagu tersebut, kalau tak buat apa dia bawa lagu itu’. Lebih teruk, Ika turut dipercayai membuat memek muka yang kurang baik pada waktu itu.

Apa pun impian, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebutkan buat ingatan kita bersama. These are some notes saya guna dan hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti.

Berikutan daripada itu, Kak Kek tampil memberi teguran dan nasihat kepada Ika agar belajar menghormati orang yang lebih berusia. Ujar Kak Kek, semua individu perlu menjaga tingkah laku serta tutur kata. Kerana setiap apa yang dikeluarkan dari mulut melambangkan siapa diri individu tersebut. Tambah Kak Kek lagi, individu berkenaan perlu tahu sifat hormat menghormati agar disenangi dan diingati.

Di samping itu, disiplin merupakan kunci utama sekiranya gadis tersebut ingin berjaya. Terakhir sekali, Catriona berharap gadis berkenaan mempunyai sifat merendah diri selalu.

Video

Sumber: Catriona Ross

Kredit:ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button