Hiburan

“Sukanya style awak,” – Imej ‘simple’ walau pelakon popular sejak kecil, Erynne dipuji netizen

Masihkah anda ingat dengan seorang pelakon kanak-kanak yang selalu popular pada selalu membawa watak kanak- kanak iaitu Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah.

Baik di kaca televisyen (TV) mahupun di layar lebar, Erynne Erynna, sering memberikan aksi terbaik sehingga dia mendapat kepercayaan ramai pengarah dan penerbit untuk bekerjasama.

Bakat Erynne Erynna ketika itu juga cukup dikagumi oleh penonton kerana penjiwaan watak yang diberikan oleh setiap lakonannya adalah yang terbaik dan sentiasa mengagumkan ramai orang.

Malah sehingga kini, pemilik nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah telah membintangi lebih 40 buah drama termasuk untuk siaran TV di Singapura dan empat filem sebelum senyap seketika dalam bidang seni sekitar tahun 2016 dan kembali aktif selepas tiga tahun.

Meskipun kini mencecah usia 25 tahun, Erynne Erynna masih sahaja menjadi pelakon kanak-kanak yang sentiasa diingati ramai. Walaupun seorang artis tetapi penampilannya yang simple itu selalu dipuji oleh warganet.

Terkini, walaupun sudah mempunyai seorang cahaya mata, dirinya sering menjadi tumpuan peminat apabila wajah Erynne Erynna yang dikatakan tidak berubah kecomelannya membuatkan dia dan anak seperti adik dan kakak.

Terbaru di laman instagram miliknya, Erynne sekali lagi mencvri perhatian dimana imejnya yang bersahaja menjadi bualan para netizen. Menerusi perkongsian tersebut, Erynne dilihat mendukung anaknya iaitu Medinah.

 

Komen netizen:

Untuk info, Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah berusia setahun.

Sumber: instagram erynneerynna dan diolah oleh Padu Gila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button