Hiburan

Suka Kongsi Resipi, Bakat Memasak Eina Azman Jadi Pertikaian – “Suami Dia Kaya Boleh Lah, Ada 4 Bibik Tolong

Suka Kongsi Resipi, Bakat Memasak Eina Azman Jadi Pertikaian – “Suami Dia Kaya Boleh Lah, Ada 4 Bibik Tolong

Seperti yang ramai ketahui, pelakon, Datin Paduka Eina Azman rajin berkongsi video resipi masakan di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuan Eina memasak di dapur memandangkan dia dibantu oleh empat orang pembantu rumah.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengatakan bahawa dia tidak perlu bersusah-payah memandangkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden merupakan seorang yang berada.

Jangan cakap ‘Eina boleh la suami dia kaya‘. Gais, kalau kaya-kaya pun, tu duit suami saya. Saya tak pernah cakap saya kaya.

Saya masak banyak pun orang pertikaikan, dah habis masak ada orang tolong kemaskan. Biar lah, I dah masak pun, I bagi maid I makan.

Dalam pada itu, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina binti Azman menjelaskan dia memasak dalam hidangan yang besar kerana turut dihidangkan untuk pembantu rumah.

Kalau I masak, I yang potong bahan, I jugak yang cuci pinggan mangkuk, then what’s the point I ada banyak maid. Baik maid I jadi madam, I yang jadi maid

Jelas pelakon berusia 28 tahun itu lagi, dia memerlukan bantuan empat orang pembantu rumah ketika memasak kerana sering menyediakan hidangan besar terutama pada hari perayaan.

Tambah Eina lagi, dia sendiri yang memasak untuk keluarga pada sambutan hari Raya tanpa memanggil mana-mana tukang masak.

Selalu pertikai ‘aku pun boleh masak banyak-banyak‘. Hey!! awak boleh ke masak untuk Raya sampai 20 ekor ayam.. orang lain panggil catering lah.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button