Hiburan

Shuib Terkejut Kena Kec4m Sebab Bagi Ucapan Tahniah Pada Syamsul Yusof, “Ada Yang Boik0t Saya…”

Penyampai radio dan pelawak, Shuib turut menerima tempias dalam kontroversi kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Semuanya gara-gara dia meninggalkan ucapan tahniah di perkongsian yang dimuat naik oleh pengarah filem itu.

Difahamkan, Shuib memberikan ucapan tahniah buat pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi perkongsian di Instagram Syamsul Yusof. Namun ucapan tahniahnya ini telah membuatkan dirinya teruk dikec4m oleh netizen yang mendakwa pelawak itu menyokong isu poligami ini.

Terkejut dengan reaksi netizen

Shuib mengakui turut berasa terkejvt melihat reaksi netizen dan meminta orang ramai untuk tidak memperbesarkan lagi hal ini. Susulan komen yang ditinggalkan itu, nama Shuib juga ‘trending’ di laman Twitter pada hari tersebut.

“Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.”

Ada yang mahu boikot perniagaan

Walaupun berasa sedikit terkesan dengan reaksi negatif ini, Shuib menganggap perkara viral yang berlaku di media sosial ini akan cepat dilupakan selepas masa berlalu. Menurut Shuib, ucapan yang diberikan kepada pengarah filem itu hanya sekadar ucapan tahniah kepada pasangan yang telah berkahwin sahaja dan tiada isu lain.

“Apabila ada yang nak boikot, mula rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan pada produk sendiri.”

Tambahnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isu poligami dan menurutnya ia bukanlah satu kesalahan dalam agama. Terdahulu, Syamsul Yusof mengumumkan di Instagram bahawa dia sudah selamat berkahwin dua dengan Ira Kazar di sempadan Thailand.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi di mana ada beberapa rakan artis yang turut memberikan ucapan tahniah termasuklah Shuib. Susulan komen yang ditinggalkan itu, nama Shuib menjadi bualan ramai di Twitter sehingga ada yang mahu memboikot perniagaan pelawak tersebut.

Sumber:syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button