Hiburan

Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin – “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”

Bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia sudah membuat persiapan untuk kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

Persiapan Sudah Siap 80 Peratus

Menurut Shila, dia pada mulanya mahu memilih hospital swasta yang lain namun membuat keputusan kembali ke tempat di mana anak sulungnya dilahirkan iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).

“Alhamdulillah, persiapan untuk menyambut baby kami sudah siap dalam 80 peratus. Insya-Allah saya akan melahirkan bayi saya di HUKM, kembali ke doktor yang menyambut kelahiran anak pertama saya.

“Ikutkan saya nak ke hospital swasta yang lain tapi saya rasa macam takut kalau ada apa-apa jadi. Dekat HUKM itu saya dah ada rekod dekat sana. Kita pun tak ambil risiko,” kata Shila kepada Gempak.

Seth Tak Sabar Nak Jumpa Adik

Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini turut mendedahkan anaknya, Seth Uwais tidak sabar menantikan kelahiran adiknya.

“Setiap hari dia akan tanya bila baby nak keluar. Yela, dia pun dah lima tahun menjadi anak tunggal,” ujarnya.

Akan Kongsi Wajah & Nama Anak

Ketika ditanya mengenai perkongsian nama dan wajah bayinya nanti, Shila bagaimanapun berkata dia mungkin akan berkongsi selepas seminggu kelahiran.

“Insya-Allah mungkin selepas seminggu macam itu… tengok pada keadaan,” kata Shila lagi.

Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button