Shila Amzah Dpt Tempat Ketiga GegarVaganza Dan Dia Luah Rasa Kecewa. Rupanya Ada Sesuatu Terjadi Pada Diri Dia Hari Rabu Lepas
Penyanyi Shila Amzah akui kecewa dengan dirinya apabila tidak dapat melakukan persembahan yang baik di pentas akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) disebabkan mengalami masalah pada suara.
Jelas Shila, dia mengesan masalah tersebut pada Rabu minggu lalu, namun ia sudah pulih sebelum kembali teruk semula pada Ahad.
“Sebenarnya daripada hari Rabu, telinga saya dah pekak sebelah sebab ada bengkak, dan berlaku infection.
“Hari Jumaat masa sound check pertama memang dah tak ok, tapi alhamdulillah, waktu Semi Final Muzik-Muzik 37 suara saya sudah baik tapi saya tak tahu kenapa tiba-tiba macam rasa tak selesa semula.
“Ahad pagi saya dah hilang suara saya, tapi saya tak mampu buat apa. Perlu teruskan juga.
“Sudah pasti saya rasa kecewa, namun rasa kecewa itu lebih kepada tidak dapat buat yang terbaik sahaja, buat kecewa dengan keputusan,” kongsinya.
Shila berkata demikian usai konsert final GV9 yang berlangsung dari dewan Auditorium MBSA Shah Alam, pada Ahad.
Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu, dirinya yakin mampu melakukan satu persembahan yang baik namun terpaksa akur dengan ujian tersebut selain menganggap tiada rezeki buatnya kali ini.
“Sebabnya untuk pusingan solo saya memang dah rancang untuk kedua-dua lagu tersebut saya dapat lakukan dalam keadaan suara saya yang sihat.
“Walaupun saya dapat semua props yang saya minta untuk final ini, tapi tentu lah daripada segi vokal saya yakin boleh buat lebih baik. Apa-apa pun berbalik kepada rezeki yang Allah tetapkan.
“Secara jujur, saya tak rasa suara hilang ini disebabkan terlalu banyak menyanyi atau latihan.
“Sebab semenjak saya mahu GV saya memang akan berlatih menyanyi setiap hari. Selain itu saya juga workout dan main badminton, itu adalah sebahagian daripada rutin harian saya,” tambahnya.
Terdahulu Shila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga GV9 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan, pakej penginapan di Royale Chulan Pulau Pinang beserta trofi.
Pentas akhir yang dihoskan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menyaksikan Shila telah membawakan lagu Secret Love Song dan Tak Ada Logika pada pusingan solo.
Sementara itu, pada pusingan battle pula, Shila digandingkan dengan Tomok menerusi lagu To Legit To Quit dan Party Sampai Pagi.
“Persembahan Shila h4ncur?”-Shila Amzah ‘basah’ main air atas pentas GV9
Penyanyi Shila Amzah tampil berani dengan aksi memukau apabila membuat persembahan dalam takungan air buatan di atas pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
Tampil menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian asal Agnes Monica, shila, 32, membuatkan pentas basah apabila menari atas takungan air sehingga terpercik.
Tanpa mempedulikan busana yang dipakainya basah, Shila terus menangkap tumpuan penonton dengan mempamerkan aksi persembahan bertenaga menerusi lagu kedua berjudul Secret Love Song.
Walaupun menampilkan persembahan unik dan bertenaga, rata-rata netizen dalam Twitter beranggapan bahawa penyanyi itu tersalah membuat percaturan sehingga mengganggu tumpuannya ketika menyanyi.
SHILA AMZAH melahirkan konsep persembahan luar kebiasaan pada aksi final GV9 namun kurang mendapat pujian daripada pihak juri.
“Persembahan Shila hancur,” kata seorang netizen.
“Sayangnya rasa tak stabil persembahan Shila,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.
PERSAINGAN sengit antara enam bintang iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E di pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang akan berlangsung malam ini.
Enam bintang GV9 kena ‘keluarkan taring’ dan ‘all out’ untuk melakukan persembahan sehabis baik di konsert yang akan diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Sudah pasti semua peminat meletakkan harapan yang tinggi untuk penyanyi kesayangan mereka yang disokong sejak awal konsert minggu pertama sehingga hari ini itu bergelar juara GV9.
SELEPAS 10 minggu pertandingan, debaran pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kian memuncak dengan enam peserta bersiap-siaga mempersembahkan aksi terbaik sebelum diangkat sebagai juara. Antara Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Hazrul Nizam dan V.E, hanya seorang dalam kalangan mereka akan meninggalkan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam, malam esok sebagai pemenang.
Sepanjang lebih dua bulan pertandingan, nama Jaclyn dan Shila sebenarnya sudah awal-awal menawan tiket sebagai calon ke final di hati ramai, seterusnya mengungguli GV9.
Pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan Jaclyn Victor muncul juara dalam program realiti yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam tadi.
Mempersembahkan dua tugasan menerusi empat buah lagu termasuk segmen ‘battle’, Jac berjaya mengetepi lima peserta lain sekaligus membawa meraih hadiah wang tunai RM100,000.
Turut menerima percutian ke Paris, hadiah penginapan dan trofi.
Menerusi persembahan pertama, menyanyikan lagu Its All Coming Back To Me Now dan This Is Me.
Persembahan konsistennya turut mendapat komen positif juri yang dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sementara Edry Abdul Halim sebagai juri undangan.
Sementara itu, Bob Yusof di tempat kedua dan memenangi wang tunai RM50,000.
Shila Amzah menduduki tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan Tomok di kedudukan keempat. Penyanyi ini berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000.
Biarpun berada pada kedudukan kelima dan keenam, VE dan Hazrul Nizam masing-masing memenangi RM15,000 dan RM10,000.
Bagi musim ini, ia dihoskan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selama 11 minggu.
Sumber: Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda