Hiburan

Bonda Rozita Terpinga-Pinga Menantu Pergi Umrah Tak Inform, Dapat Tahu Bila Tengok IG – “Eh Umrah?”

Ibu kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim kelihatan terpinga-pinga apabila mendapat tahu menantunya, Datin Seri Shahida bertolak ke Mekah bagi mengerjakan umrah semalam.

Hal tersebut berlaku selepas Shahida memuat naik gambar bersama anaknya, Luqman Al Haqeemm ketika sedang berada dalam kapal terbang.

Menerusi ruangan komen pada gambar Shahida, Rozita bertanya mengapa dia tidak diberitahu tentang keberangkatannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

“Eh Umrah? Tak bagi tau mak elok sembang dengan mak pagi tadi?” tanya Rozita.

Tidak meninggalkan soalan tersebut sepi tanpa jawapan, Shahida pun membalas pertanyaan ibu mentuanya itu dengan memberikan alasan terlupa akibat sibuk kerja.

“Ya Allah lupa tak sempat. Kelam kabut,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang berasa pelik mengapa keberangkatan Shahida ke Tanah Suci Mekah tidak diketahui oleh ibu mentuanya sendiri.

Namun, ada juga beberapa pengguna media sosial yang menasihati netizen terbabit untuk tidak mencampuri urusan keluarga orang lain.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button