Hiburan

Bukan Calang-Calang! Selain Bergelar Anak Seni, Tak Sangka 7 Selebriti Ini Rupa-Rupanya Adalah Pensyarah

Selebriti di Malaysia bukanlah semuanya bekerja sepenuh masa sebagai pelakon, penyanyi mahupun pelawak. Ada juga dikalangan mereka mempunyai kerjaya sepenuh masa yang lain sebagai contoh usahawan dan juga pendidik.

Mungkin ramai yang belum tahu terdapat beberapa orang selebriti terkenal yang telah bergelar sebagai pensyarah. Jom kita kenali 5 selebriti tersebut seperti mana dipetik dari remaja.my.

VANIDAH IMRAN

Aktres hebat yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia kini merupakan seorang pensyarah di Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA. Vanidah yang merupakan pemegang trofi pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 2007 merupakan graduan Open University Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris. Selain itu, menambahkan lagi kredibilitinya sebagai seorang pendidik, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Seni Persembahan dari Universiti Malaya.

DR SOO WINCCI

Kehebatan anak jati Selangor ini tidak dapat disangkal lagi. Memulakan kerjayanya dalam dunia seni sebagai seorang ratu cantik bergelar Miss World Malaysia 2008. Soo Wincci terus melebar sayap bergelar seorang pelakon dan penyanyi. Paling mengagumkan tentang wanita cantik ini, dia memiliki dua Ijazah Kedoktoran! Satu dalam bidang pengurusan perniagaan dari Open University Malaysia dan Ijazah Kedoktoran keduanya dalam bidang produksi artistic dari University of Polytechnic Valencia. Kini dia merupakan seorang pensyarah Muzik di Kolej Pengajian Seni Kreatif, University Teknologi MARA.

DR DIDDY HIRDY

Diddy Hirdy atau nama sebenarnya, Syamsul Hirdi bin Muhid mula melakar nama dalam industri seni Malaysia sebaik sahaja menyertai rancangan nyanyian realiti Akademi Fantasia. Jejaka berusia 37 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang muzik dari University of Liverpool, England. Berjuang demi mendapatkan ijazah tersebut selama lebih kurang lima tahun, kini dia merupakan seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia untuk Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

NAJWA LATIF

Najwa antara anak seni yang cukup kreatif dalam industri muzik Malaysia. Bukan hanya bergelar penyanyi dia juga merupakan seorang komposer dan penulis berbakat besar. Telah memperlahankan kerjaya seninya, Najwa kini selesa bergelar pensyarah selepas memperoleh Ijazah Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dari UNITAR International University. Kini dia turut mengajar di institusi pengajian yang sama sambil melakukan Ijazah Kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

SHAZA BAE

Juara Dewi Remaja 2019 ini semakin bersinar dalam dunia seni Malaysia. Baru-baru ini dia telah memenangi Asia Academy Creative Awards bagi kategori pelakon pembantu wanita terbaik di Malaysia. Dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari Universiti Malaya. Mungkin ramai tidak tahu, gadis manis berusia 27 tahun ini pernah bergelar pensyarah sambilan di UiTM di Fakulti Filem, Teater & Animasi yang kini bernaung di bawah Kolej Pengajian Seni Kreatif. Bukan calang-calang walaupun masih muda kreadibilitinya jelas terlihat.

Selain 5 orang selebriti diatas, penulis ingin menambah 2 orang lagi selebriti yang juga bergelar pensyarah.

SYAFINAZ SELAMAT

Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprono ini juga merupakan seorang pensyarah. Datuk Syafinaz yang juga pernah menjadi juri program nyanyian seperti Malaysia Idol, AF Megastar dan terbaharu Gegar Vaganza 8 ini adalah pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pensyarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) serta vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

ARJA LEE

Pelakon dan penyanyi kacak, Arja Lee, 39, kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak beberapa bulan lalu. Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata, dia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menabur ilmu kepada generasi muda berbekalkan pengalaman menjadi insan seni dan selepas beberapa tahun Arja mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Menurutnya, amat penting memiliki jaminan kerjaya lain dan tidak bergantung semata-mata pada pekerjaan artis.

Hebat kan mereka! Penulis tumpang bangga dengan pencapaian 7 selebriti di atas. Malah mereka sangat wajar dijadikan inspirasi kepada semua.

Sumber: CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button