Hiburan

Sempat Buat ‘Live’ Dan Bergelak Ketawa, Hafidz Roshdi ‘Prank’ Netizen Isu Cur4ng?, “Marketing Menjadi Bang…”

Semalam kecoh apabila isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi memuat naik beberapa hantaran di Instagram mengenai suaminya. Di dalam perkongsian itu, wanita tersebut seakan mengiyakan dakwaan curang pelakon itu dan meluahkan rasa kecewa terhadap ‘penyondol’ yang menganggu rumah tangga mereka.

Walaupun namanya kini menjadi bualan ramai, Hafidz dilihat tidak mendiamkan diri malah dia sempat membuat siaran langsung di akaun Tik Toknya semalam. Sesi ‘live’ yang dilakukan pelakon itu juga turut menerima tontonan tinggi sehingga 15,000 penonton.

tekan link di bawah:

video ‘live’

Tetapi pelakon itu tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai isu curang tersebut walaupun ruangan komen dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari netizen. Dalam masa yang sama, Hafidz dilihat sempat bergelak ketawa sambil memandang seseorang di belakang kamera dipercayai adalah isterinya.

Malah ada penonton yang mendakwa terdengar suara isteri dan anak-anaknya di dalam siaran langsung itu. Sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada isu curang yang hangat diperkatakan ini hanyalah ‘prank’ semata-mata dan cubaan mereka untuk membuat gimik.

Tinjauan di akaun Instagram pelakon itu juga mendapati Hafidz turut memuat naik satu perkongsian terbaru seakan-akan memerli netizen. Di dalam gambar yang dikongsikan itu, Hafidz memuat naik kapsyen ‘Tengah komen kat bawah ke tu?’ seperti ditujukan buat netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap isu curang itu hanyalah ‘marketing’ sahaja jika dilihatkan dari reaksi tenang pelakon itu. Walau bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang penjelasan dari pihak Hafidz mahupun isterinya mengenai isu tersebut.

“Marketing menjadi bang, terbaik.”

“Tapi betul ke tu IG wife dia? Sebab follower sikit sangat and dia follow pun tak sampai 200 kot.”

“Kalau prank marketing memang aku maki laki bini.”

Sumber: syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button