Hiburan

Liza Hanim Sedih Bakat Tidak Dihargai – ‘Saya Merasakan Sudah Tiba Masa Berhenti Menyanyi’

Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia pernah terdetik untuk berhenti menjadi penyanyi disebabkan terdapat segelintir pihak yang tidak percaya dengan bakatnya.

Terdetik berhenti menyanyi

Ketika ditemui OhBulan!, Liza berkata dia memadam niat tersebut kerana masih ada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan ingin melihatnya untuk terus menyanyi.

Ada momen dalam kerjaya seni saya, merasakan seperti sudah tiba masanya untuk berhenti menjadi penyanyi, tapi ada segelintir kumpulan yang masih percaya dengan bakat seni saya dan mahukan untuk saya terus menyanyi.

Pasukan saya termasuk media yang masih percaya dengan saya itu yang membuatkan saya teruskan kerjaya penyanyi ini.

Liza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) , yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu berkata, perasaan sama berulang kembali ketika dia mengalami waktu yang agar sukar dalam program tersebut.

Sepanjang saya berada dalam program ini (ASGV) saya sedar kalau mereka minat artis kesayangan mereka, akan sokong bermatian-matian. Dan kalau tidak suka mereka akan cakap mereka tak suka.

Meskipun begitu, saya terima dengan hati terbuka dan menganggap komen kurang senang itu tanda mereka sayang pada saya.

Beberapa minggu lalu ketika saya mengalami waktu yang agak mencabar dalam program ini, perasaan itu (berhenti menyanyi) datang semula, tetapi saya perlu perasaan itu dan buat yang terbaik di final ASGV.

Justeru, Liza berkata dia ingin berkongsi rasa susah senang dan jatuh bangun dirinya sebagai penyanyi dalam konsert sulung berjudul Liza Hanim 27 Years Journey In Concert yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Sebab itu juga, saya ingin sangat kongsi jatuh bangun saya dalam konsert sulung saya pada tahun hadapan. Itu lah kemuncaknya yang mungkin penyanyi lain 10 tahun sudah buat konsert, sedangkan saya tiada peluang itu.

Kadang-kadang yang buatkan peluang ada atau tak disebabkan saya fikir adakah aku layak untuk buat konsert? Sokongan bercampur baur, ada yang sokong ada yang tidak.

Terdahulu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara ASGV sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM200,000.

Jaclyn berjaya menewaskan tujuh finalis lain iaitu Hardy Mirza, Nikki Palikat, Liza Hanim, Naqiu, Azharina, Tomok dan Siti Nordiana.

Sumber :ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button