Viral

Selepas Teruk Dikec4m Isu Mengeluh Pekerja Pasar Raya Tak Bantu, Kieda Crepe Syukur Dapat Rezeki Rumah Baru

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang usahawan pencuci mulut, Kieda meluahkan rasa tidak puas hati dengan pekerja sebuah pasar raya kerana tiada membantu dirinya menolak 10 troli dipenuhi barang-barang yang dibeli.

Kieda menjual crepe dan makanan vendor lain.

Dia yang dikenali sebagai Kieda dan usahawan crepe turut menganggap ia sebagai satu dugaan buat dirinya.

“Allah angkat darjat Kieda dengan pelbagai cara. Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan tonesuara yang semua tidak boleh diterima.

“Mengaku silap Kieda minta tolong staf yang ada di sekeliling waktu tu. Salah Kieda sebab tak bawa ramai staf.

“Sebab selama Kieda pergi beli barang kat sana, memang akan ada dua abang Melayu dan seorang warga asing selalu tolong kami,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, pada Jumaat.

Kaya ujian, susah ujian, bahagia ujian dan salah melawak tonesuara pun ujian. Semua ujian.

KIEDA

Malah, dia menegaskan tidak mengeluarkan kata-kata kesat mahupun memaksa pekerja pasar raya itu untuk membantunya.

“Waktu tu beli 10 troli, Kieda minta ‘tolong’ je staf yang ada tepi-tepi tu (bukan cashier) tolong. Tapi semua jawab tak boleh. Jadi, kami tolak jelah sendiri.

“Tak ada pun maki paksa orang. Dalam live tu Kieda cerita kecewa Kieda saja, sebab Kieda selalu support sana,” ujarnya lagi.

Kieda (kanan) bersama suami.

Kieda yang mengusahakan bisnes crepe berkata, hidup ini sememangnya tidak lari dari ujian.

“Kaya ujian, susah ujian, bahagia ujian dan salah melawak tone suara pun ujian. Semua ujian.

“Semoga Kieda terus kuat melangkah satu demi satu anak tangga. Percayalah tak semua boleh terima kita walaupun beribu kebaikan kita buat,” katanya.

Oleh kerana teruk dikec4m ramai, Kieda atau nama sebenar Khalieda Yusra tampil memohon maaf atas perbuatannya serta keterlanjuran kata-kata yang dilemparkan kepada pekerja pasar raya tersebut

“Kieda minta maaf kalau buat ramai terasa hati. Kieda bukan maki staf depa, cuma Kieda minta ‘tolong’ saja. Kieda selalu support, tipulah kalau tak terasa hati.

“Sekali lagi Kieda minta maaf. Bukan buat sedih tau. Ikhlas hati sebab kalau kita nak tenang, kita kena rendah diri minta maaf selalu kat orang,” katanya.

Kieda ketika itu tidak mem4ki, cuma meminta pekerja untuk bantu meringankan bebannya dan dalam pada itu, usahawan itu turut memohon maaf kerana ‘lawak’ yang dilakukan dianggap berlebihan pada sesetengah netizen.

Biarpun teruk dikec4m oleh netizen, Kieda meluahkan rasa syukur di laman Facebook kerana mendapat kunci rumah pertamanya setelah 2 tahun menanti dan luahkan rasa teruja untuk mengubah suai unit rumah terbabit.

Sumber: Beautifulnara, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button