Viral

Kisah Ibu tunggal terima hadiah motor tvlar, Sekali K0men lelaki ini dkwa suami tarik perhatian ramai

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan kerja amal yang dilakukannya bagi membantu mereka yang di dalam kesusahan. Setiap kali ada kisah-kisah insan susah yang dikongsikan di media sosial, pasti nama Ustaz Ebit Lew lah yang akan dipanggil untuk menghulurkan bantuan.

Baru-baru ini pula, perkongsian terbaru dari pendakwah itu menjadi bualan ramai sehinggakan video yang dimuat naik itu menerima lebih lima juta tontonan setakat ini. Di dalam video tersebut, Ustaz Ebit Lew membantu seorang ibu tunggal muda yang berusia 23 tahun.

Difahamkan, wanita  yang dikenali sebagai Emy, 23 itu mempunyai seorang cahaya mata dan bekerja sebagai penghantar pesanan kategori berjalan atau walker bagi menampung kehidupan mereka. Dalam masa yang sama, gadis itu yang merupakan seorang anak yatim turut bekerja sebagai pembantu restoran secara sambilan.

Video:

@ustazebitlew

Hadiahkan motor Y15 Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

Satu Rasa Cinta – Arief

 

Suami tampil dedah masih berstatus suami isteri

Namun begitu, menerusi perkongsian Ebit Liew itu, suami kepada wanita bernama Emy itu tampil menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, mereka masih lagi sah sebagai seorang suami isteri dan ketika ini masih dalam proses mahkamah.

Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri tetap saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses mahkamah.

Masih sayang

Menurutnya, dia masih sayangkan hubungan dan mungkin ini ujian. Ujarnya, dia masih menyayangi hubungan perkahwinan ini dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka.

Dia berharap supaya perkahwinan mereka terus bertahan dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka. Akan cuba yang terbaik pertahankan rumah tangga. Penjelasannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda.

Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Sumber: oh media, HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button