Hiburan

“Sebelum ini memang ada isu kena tahan nak keluar” – Rozita Che Wan pelik mahkamah keluar notis bankrap, tak pernah culas bayar cukai RM50,000 sebulan

PELAKON dan usahawan Rozita Che Wan tidak tahu menahu mengenai notis kebankrapan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rozita atau Che Ta, 50, berkata, sehingga kini dia tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak mahkamah selain menegaskan tidak pernah culas membayar cukai setiap bulan.

“Siapa kata saya bankrap? Saya bayar LHDN setiap bulan. Hampir RM50,000 setiap bulan!

Rozita tidak pernah culas membayar cukai.

“Kalau betul bankrap mestilah saya tahu dulu. Saya pun tidak maklum akan hal ini,” katanya kepada mStar.

Rozita mengulas mengenai dakwaan itu ketika majlis pelancaran produk terbaharu RCW Glow Edition keluaran syarikat miliknya pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan dia sendiri ada melantik seorang ejen bagi menguruskan semua hal berkaitan pembayaran cukai kepada LHDN.

Katanya, dia akan merujuk dakwaan tersebut kepada ejen bagi perbincangan lanjut sekiranya notis berkenaan adalah benar.

“Saya ada ejen yang uruskan. Tiada masalah pun dan saya pun tak pernah nak lari bayar cukai.

“Saya bayar cukai melalui ejen. Jadi kena rujuk dan bincang dengan ejen dahulu,” ujarnya.

Rozita memberikan kepercayaan kepada ejen untuk membayar cukai.

Rozita juga meluahkan rasa pelik apabila isu sama diperkatakan selepas tular berita dia ditahan di lapangan terbang sebelum ini.

“Sebelum ini memang ada isu sampai saya kena tahan nak keluar (ke luar negara). Sekarang tiada masalah lagi.

“Pelik isu ini timbul dan saya hanya buat kerja seperti biasa. Saya bukannya suka menunjuk-nunjuk,” jelasnya.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button