Hiburan

Aisyah Aziz tampil berhijab, kongsi magis perbaiki solat sejak setahun lalu – “Saya lebih memahami erti sederhana”

BELAJAR memantapkan solat sejak setahun lalu memberi impak besar buat penyanyi asal Singapura Aisyah Aziz dalam mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.

Aisyah atau Nur Aisyah Aziz, 30, berkata, dia juga tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.

“Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.

Luahan Aisyah sempena menyambut tahun baharu.

“Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.

“Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa,” katanya.

Aisyah menulis luahan tersebut menerusi Instastory miliknya pada Ahad bersempena membuka lembaran baru tahun 2024.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, sepanjang proses itu juga dia lebih mengenali erti kesederhanaan dan tidak lagi mengejar duniawi.

Lebih manis, hubungan dengan kedua ibu bapanya juga bertambah erat selain dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada hujung tahun lalu.

“Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.

Ramai peminat yang terus mendoakan Aisyah.

“Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun,” ceritanya.

Penyanyi asal Singapura ini juga dilihat manis dengan penampilan baharu yang tampil mengenakan hijab.

“Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja,” ujarnya.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button