Viral

“Saya tak rasa gagal sebagai ibu” – Jururawat beruntung pengasuh India anggap anak macam cucu sendiri …faham kerja syif

BIASANYA anak kecil pasti menangis atau meragam apabila ditinggalkan bersama pengasuh.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang bayi yang kelihatan sangat selesa dalam dakapan seorang pengasuh berbangsa India.

Menariknya menerusi video yang tular, bayi berkenaan seperti mahu ‘berkepit’ bersama pengasuh meskipun didatangi ibunya sendiri yang mahu menjemputnya.

 

Bercakap kepada mStar, Syahirah Khalid berkata, bayi perempuannya berusia tujuh bulan dijaga oleh seorang wanita India yang juga jirannya sejak tiga bulan lalu.

Wanita berusia 28 itu tampil menjelaskan bahawa dia menyewa di sebuah pangsapuri di George Town, Pulau Pinang, manakala suaminya sekeluarga menetap di Manjung, Perak.

“Kami PJJ (perhubungan jarak jauh) sebab saya bekerja di Pulau Pinang, setiap minggu balik berulang alik jumpa keluarga. Ada mohon pertukaran tempat bertugas, tapi masih menunggu.

“Sebenarnya masa hamil lagi saya dah pening, mana nak cari pengasuh untuk jaga anak nanti. Ramai tak nak jaga sebab mereka tahu jururawat yang ada tiga syif dengan jadual kerja yang tidak menentu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Araa menyuapkan makanan kepada anak bongsunya.

Mesra disapa Araa, katanya, rakan serumah memperkenalkannya dengan jiran sebelah berbangsa India yang sedia menjadi pengasuh kepada anak perempuannya.

“Pada awalnya bimbang juga dia boleh serasi ke dengan anak saya, dan saya juga tanya aunty tentang beberapa perkara memandangkan kami berlainan bangsa dan agama.

“Tapi saya tak sangka anak mudah serasi dengan aunty, dari menangis terus boleh diam,” ujar ibu kepada empat anak itu sambil menambah bayinya merupakan anak bongsu.

Anak Araa manja bersama aunty.

Menurut jururawat itu, tiga lagi anaknya masing-masing berusia enam, tiga dan dua tahun bersama suaminya dan dijaga ibu mentua di Manjung.

Mengenai pengasuhnya, Araa menyifatkan wanita berusia 61 tahun itu dan tinggal bersama anaknya mempunyai perwatakan lemah lembut dan menganggapnya seperti seorang ibu.

Aunty tu sendiri anggap anak saya macam cucu dia sendiri. Dia sangat memahami tugas saya sebagai jururawat.

“Kalau saya balik dari kerja, dia minta saya berehat dulu sebelum ambil anak. Lebih-lebih lagi kalau syif saya habis lewat malam atau double shift,” sambil menambah pengasuhnya mempunyai empat anak dan seorang cucu.

Araa (dua, kanan) bersama suami dan anak-anak.

Perkongsian videonya mengenai pengasuh India berkenaan meraih 1.4 juta tontonan di TikTok dan dia akur menerima pelbagai komen netizen, termasuk kritikan negatif.

“Ada yang kata apabila anak pun tak nak dengan saya maksudnya saya gagal sebagai ibu. Saya tak kecil hati, tak cemburu… sebaliknya saya amat beruntung dapat pengasuh yang begitu baik.

Aunty tu sendiri anggap anak saya macam cucu dia sendiri. Dia sangat memahami tugas saya sebagai jururawat.

ARAA

“Segelintir rakan-rakan saya turut menghantar anak kepada pengasuh, tapi antaranya jenis yang tak faham tugas kami, malah berkira. Tapi aunty ni banyak memudahkan urusan saya kerja saya.

“Saya tak rasa gagal sebagai ibu, anak pun masih kecil. Anak manja sebab aunty rajin melayan menjaganya, tapi apabila saya bawa anak balik ke rumah, anak okay dengan saya,” katanya lagi.

Araa (kanan) dan anak (kiri) bersama aunty dan anaknya ibarat sebuah keluarga.

Walau bagaimanapun kata Araa, pada masa sama dia berharap agar permohonan pertukaran tempat bertugas diluluskan bagi menjalani kehidupan yang lebih baik bersama suami dan anak-anak.

“Aunty awal-awal lagi cakap nanti dia sedih kalau saya dan anak balik ke Manjung. Dia offer untuk terus jaga anak saya di Pulau Pinang mahupun di Manjung. Terharu saya,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button