Hiburan

“Saya Terima Dengan Qada & Qadar”- Adi Putra Mengesahkan Nama Tiada Dalam Mat Kilau 2

Dapatkan siaran langsung terbaik Liga Bola Sepak Malaysia dengan Pakej Sukan Astro. #DemiLigaKita

Pelakon Datuk Adi Putra mengesahkan dirinya tidak akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau.

Jelas Adi, 42, perkara itu disahkan selepas satu kenyataan yang diterima daripada pihak penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio.

Malah dirinya yang memeran watak utama dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan akur dengan keputusan tersebut.

“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat.

“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya kepada Gempak.

Adi berkata demikian ketika ditemui pada acara Ajwad Khan Raya 2023, Fashion Show anjuran Starvilion yang berlangsung di Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, aktor tersebut berkata dirinya tiada kuasa mutlak untuk menentukan barisan pelakon yang akan membintangi prekuel Mat Kilau.

“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.

“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.

“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” tambahnya.

Sementara itu, pada acara tersebut, Adi turut diumumkan sebagai duta bagi koleksi baju melayu raya Starvilion. Penampilan Adi sebagai inpirasi bagi koleksi yang dikeluarkan pada tahun ini dengan tema Starvilion Laskar Raya 2023.

Koleksi Starvilion Laskar Raya 2023 hadir dengan tiga rekaan Baju Melayu iaitu potongan slim-fit, relaxed-fit dan teluk belanga dengan lebih 80 rekaan warna.

Kepada yang ingin mendapatkan koleksi hangar daripada Starvilion, boleh dapatkan di outlet serata Malaysia dan secara online di website www.thestarvilion.com dan platform media sosial, TikTok bermula 20 Mac 2023.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button