“Saya tak cakap pun nak nikah.. Yang Di risik tu sebenarnya.. ” – Fauziah Ahmad Daud dedah ini sebenarnya berlaku..
PELAKON Fauziah Ahmad Daud menolak dakwaan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua seperti mana yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu di media sosial.
Menjelaskan tentang status yang dimuat naik sendiri di laman sosial miliknya, Fauziah atau Ogy, 60, sebaliknya memberitahu lamaran dimaksudkan merupakan tawaran kerja daripada sebuah produksi.
“Ramai orang ingat saya nak nikah. Saya tak cakap pun nak nikah… apa yang saya maksudkan adalah tentang konsert ini yang akan diadakan tahun depan.
Status Ogy yang menimbulkan tanda tanya ramai.
“Tapi kalau ramai yang doa, saya aminkan sahaja,” katanya.
Ogy membuat penjelasan itu ketika sidang media Pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara pada Isnin.
Dalam pada itu, Ogy berkata, dia mengambil masa selama lima tahun untuk memberi persetujuan terlibat dalam pementasan tersebut kerana sedar tanggungjawab diberikan bukan mudah.
Malah kata pelakon filem Ali Setan ini, dia juga banyak kali melakukan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan.
“Saya mula dirisik pada tahun 2017 dan banyak kali buat solat istikharah. Mungkin ketika itu belum berani dan tiada keyakinan diri sebab tanggungjawab yang diberikan bukan satu kerja mudah.
“Apa yang ingin dipaparkan bukan seperti konsert biasa. Bagaimanapun saya tak anggap ia sebagai satu beban,” ujarnya.
Saya tak cakap pun nak nikah… apa yang saya maksudkan adalah tentang konsert ini yang akan diadakan tahun depan FAUZIAH AHMAD DAUD PELAKON
Ogy sebelum ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia berkongsi status di laman Facebook miliknya memberi gambaran seolah sudah bertemu pengganti hati.
Meskipun tidak memberi sebarang pendedahan lanjut, ramai dalam kalangan peminat sudah menjangka bahawa pelakon ini bakal terlibat dalam sebuah projek besar tidak lama lagi.
Pementasan teater itu bakal diadakan di Gateway Thetre, Singapura pada 11 Februari 2023.
Teater Rahsia Wajah Hati bakal berlangsung Februari 2023.
Persembahan berbentuk monolog tersebut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah teater, Kamaruzaman Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem.
Tambah Ogy cabaran yang diberikan untuk sebuah pementasan berbentuk monolog ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijayakan.
“Berkat kesabaran pihak penganjur, akhirnya saya memberi kata setuju. Persembahan monolog ini bukanlah mudah tapi saya suka sebab ia boleh meransang minda sendiri,” jelasnya.
Sumber: www.rilekmedia.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda