“Saya Sekadar Hiburan Tambahan…” – Steady Asheed Walau Tersingkir di GV9, Masuk Bertanding Sebab Nak …
Tidak kecewa tersingkir di minggu suku akhir Gegar Vaganza 9 (GV9), Penyanyi Asheed Def Geb C berkata tujuan dia menyertai pertandingan itu hanya ingin mendapatkan komen juri mengenai nyanyiannya.
Malah Asheed, 49, memberitahu dia berpuas hati apabila dapat mempelajari banyak ilmu baharu sepanjang sembilan minggu berada di pentas GV9.
“Saya masuk GV ini sebab nak orang komen nyanyian saya. Selama ini tak orang komen, orang hanya puji, suara sedap dan unik. Saya nak dengar komen tentang kekurangan nyanyian saya.
“Jadi saya dah dapat apa yang saya nak di GV9. Setiap minggu ada saja teguran dan komen daripada juri antaranya masalah penghayatan saya kurang. Di GV9 ni saya banyak dapat ilmu baharu.
“Walaupun tahun depan saya dah 50 tahun tapi tak semestinya saya tak boleh belajar. Jadi, saya tak rasa kecewa pun tersingkir. Ilmu tu tak rugi untuk saya belajar,” katanya kepada Gempak.
Persembahan Asheed mendapat pujian tapi tidak cukup menyelamatkannya daripada tersingkir.
Asheed yang menyanyikan lagu Lena Diulit Intan (Wings) di konsert suku akhir GV9 yang berlangsung pada malam semalam menerima markah terendah iaitu 58.60% sekali gus tersingkir.
Sementara itu, persembahan bertenaga Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child pula berjaya meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 85.30 peratus.
Adat pertandingan ada penyingkiran, Asheed bagaimanapun dia tidak pernah menganggap dirinya bersaing dengan bintang-bintang GV9 yang sudah dikenali.
Menurut Asheed, dia berasakan dirinya hanya sekadar hiburan tambahan sepanjang berada di pentas GV9.
“Saya tak rasa pun bersaing di pentas GV9. Bagi saya, setiap pertandingan mesti akan ada yang akan tersingkir. Ikutkan GV ni merupakan pertandingan kedua yang saya sertai. Pertama saya masuk pertandingan ketika zaman sekolah.
“Jadi, bab pertandingan ni saya belum masak tapi saya tetap berasa puas hati dapat apa yang saya nak. Lagipun, saya dekat GV sekadar hiburan tambahan saja,” ujarnya.
Peserta lain yang mara ke peringkat separuh akhir adalah Bob Yusof, Dina Nadzir, Fuad Rahman, Tomok dan kumpulan V.E.
Sementara itu, Asheed tidak pulang hampa apabila namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah Juara Next Level pada minggu ini.
Manakala V.E. pula menerima anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.
Selain Hetty, dua juri tetap yang menilai persembahan kesemua peserta adalah Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.
Istimewanya pada pertandingan suku akhir ini, penyanyi Hael Husaini turut tampil membuat persembahan menghiburkan penonton.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Sumber: mStar, Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda