“Saya nekad untuk melangkah ke depan tanpa …” – Shuhada mahu teruskan hidup, berterima kasih kepada Aliff Syukri
ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia tidak mahu lagi berpaling ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan tanpa sebarang perasaan dendam.
Shuhada, 29, berkata, dia kini hanya memikirkan tentang anak-anak dan ibu bapanya yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya.
Katanya lagi, dia mahu berusaha memberi kesenangan buat keluarga biarpun sedar dia masih belum sempurna.
“Saya nekad unuk melangkah ke depan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar saya teruskan perjalanan tanpa perasaan dendam.
Shuhada mahu meneruskan hidup demi anak-anak.
“Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah dan Umar, serta kedua ibu bapa saya. Saya sedar diri tidak sempurna.
“Tapi saya nekad demi anak-anak untuk mencari kesenangan buat mereka,” katanya.
Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuhada turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Datuk Aliff Syukri kerana memberikan peluang untuk dia menjadi duta tudung milik usahawan itu.
“Terima kasih buat Aliff Syukri kerana memberi saya kesempatan menjadi duta serta model jenama tudung Datuk,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff berkongsi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya dan memberikan nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.
Shuhada lebih bersemangat untuk mencari rezeki sendiri.
Usahawan itu juga memberitahu bahawa dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 206 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar kini berusia dua tahun.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebuat pada 21 Mac ini.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.