Hiburan

“Kami Berbesar Hati Untuk Memperkenalkan Puteri Cantik Kami” – Dr Amalina Selamat Bersalin, Nama Anak Beliau Jadi Perhatian

Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada minggu lalu di Hospital St. Thomas, United Kingdom.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Amalina menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan kepada anda semua puteri cantik kami, Arabella Mia yang dilahirkan pada minggu lalu di St. Thomas’ Hospital,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Dr. Amalina turut berkongsi wajah puterinya itu selain turut mengumumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakannya, Arabella Mia.

Katanya lagi, kehadiran anak sulungnya ini bakal menambahkan lagi seri dan kegembiraan didalam keluarganya.

“Kami amat menyayanginya dan akan menikmati setiap momen-momen indah bersama penyeri hidup kami ini.

“Kami sangat teruja untuk melihat apa yang telah ditetapkan pada masa hadapan. Alhamdulillah, sayang semua,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa turuja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dr. Amalina dan suami.

Sekadar informasi, Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button